Header Ads

Produk sambal Khairul Aming diciplak? Netizen gesa ambil tindakan!

Tular di media sosial produk Sambal Nyet Berapi hasil air tangan pempengaruh media sosial, Khairul Aming (KA) didakwa diciplak dan dijual di platform e-dagang Shopee.

Menerusi satu perkongsian di Facebook, Lut ッ memuat naik beberapa keping gambar memaparkan reka bentuk botol menyerupai sambal yang dijual oleh KA.

Botol itu mempunyai pelekat berwarna merah, sama seperti pelekat yang digunakan oleh KA namun nama sambal tersebut telah ditukar kepada Sambal Nyet Khairi.

Lut ッ menulis pada ruangan kapsyen bahawa pada awalnya, dia beranggapan ia hanyalah ‘troll’ atau gurauan tetapi ternyata Sambal Nyet Khairi ada dijual di Shopee.

“Aku ingatkan troll, rupanya betul. Memang copy 100% Sambal Nyet Berapi Khairul Aming. Harga pun sama, murah 5 sen je,” katanya.

Dalam pada itu, Lut ッ menyifatkan individu yang menjual sambal itu tiada etika dalam perniagaan kerana mengambil jalan mudah untuk meraih keuntungan.

“Bagi aku, dia ni peniaga takde etika dalam perniagaan. Ni bukan masalah peluang tapi masalah etika perniagaan. Bina dan cipta kekuatan diri yang sebenar,” ujarnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet mengecam tindakan peniaga tersebut dan menganggap dia menipu orang ramai.

Penjual b*ngs*t

Contoh peniaga hati tak elok!

Manusia macam ni memang menjengkelkan!

Pada masa sama, segelintir netizen juga mahu KA  mengambil tindakan undang-undang terhadap peniaga tersebut kerana pempengaruh itu telah mendaftarkan ‘trademark’ jenama sambalnya.

KA dah daftar trademark

Boleh kena saman ni!

KA tolong saman dia!

Meninjau ke platform Shopee pula, ramai pengguna yang mengatakan mereka ditipu kerana menyangka sambal tersebut adalah produk milik KA.

Ingatkan Khairul Aming, rupanya Khairi…

Patutlah rasa lain…

Rasa tertipu!

Namun begitu, ada juga segelintir pembeli yang seperti tidak menyedari bahawa sambal itu bukanlah Sambal Nyet Berapi buatan KA.

Memang sedap!

Terima kasih seller dan Khairul Aming…

Rasa lain… macam bukan yang original

Dalam berniaga, sepatutnya penjual perlu bersikap jujur. Jangan ambil kesempatan meniru produk orang lain! Kesian KA penat berusaha dari bawah, ada pula individu yang menumpang nama.

Sumber: Facebook Lut ッ

The post Produk sambal Khairul Aming diciplak? Netizen gesa ambil tindakan! appeared first on Oh My Media.

from Oh My Media https://ift.tt/RmCFAPM
sumber : ohmymedia.cc

No comments