Tak kira lelaki perempuan, Imran Bard dedah ibu ajar buat kerja rumah
Pempengaruh media sosial Imran Bard dedah ibu ajar buat kerja rumah seperti memasak sejak dari kecil.
Menerusi satu perkongsian di TikTok, Imran berkata dia hanya memiliki seorang adik beradik perempuan manakala selebihnya adalah lelaki.
Imran Bard dedah ibu ajar buat kerja rumah
@imeranbrad Kau jantan kena buat kerja perempuan #imranbard #fyp
“Aku adik beradik lelaki ramai, adik beradik perempuan seorang saja tapi yang perempuan dah keluar ikut suami,” katanya.
Susulan itu, pempengaruh berusia 22 tahun itu sempat berseloroh selepas adik beradik perempuan berkahwin dan mengikut suami, kini dia pula menjadi ‘anak dara’ di rumahnya.
“Jadi yang jadi anak dara tu aku, faham tak? Jadi kalau orang datang rumah cakap ‘ rajin anak dara ni’, aku pun tersipu-sipu malu, blushing.
“Lah, kita terunalah! Bukan anak dara,” selorohnya.
Sementara itu, Imran juga berkongsi bahawa ibunya tidak pernah membeza-bezakan dari segi jantina antara anak lelaki mahupun perempuan.
“Mak aku dari kecil ajar, tak kisah kau lelaki ke perempuan kau kena buat kerja perempuan juga.
“Esok isteri kau mengandung takkan kau duduk diam je biar rumah berselerak kan? Kain bertimbun takkan kau nak isteri kau yang dalam pantang tu lipat kain? Kau lelaki kau lipat kain. Kau lelaki kau masak.
“Mak aku, dia takde beza-bezakan lelaki dan perempuan. Lelaki pun kena buat kerja perempuan. Perempuan tak boleh buat kerja lelakilah,” kongsinya.
Artikel lain: ‘Gwenchana’ Imran Bard mendunia, seronok pelakon K-Drama sebenar ‘notice!
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan tindakan ibu Imran atau nama penuhnya Muhammad Al Imran Badaruddin yang mendidik anak lelaki dalam menguruskan kerja rumah.
Cara yang betul untuk besarkan anak!
Ibu saya pun ajar benda yang sama..
Tidak kurang ada juga berkongsi kisah sama yang mana mereka dididik oleh kedua ibu bapa untuk melakukan kerja rumah tidak kira lelaki mahupun perempuan.
Aku pun kena jadi anak dara….
Sama dengan aku….
Melihat cara ibu Imran didik mereka adik beradik, kita dapat tengok jantina bukan alasan untuk tidak membuat kerja rumah lagi-lagi sekiranya sudah mendirikan rumah tangga!
Sumber: TikTok & Instagram Imran Bard
The post Tak kira lelaki perempuan, Imran Bard dedah ibu ajar buat kerja rumah appeared first on Oh My Media.
from Oh My Media https://ift.tt/1WIET3H
sumber : ohmymedia.cc

Post a Comment