Header Ads

Afieq Shazwan tak layan ditawar jadi ‘anak ikan’ di dunia realiti

Penyanyi dan pelakon, Afieq Shazwan akui pernah ditawarkan menjadi ‘anak ikan’ atau sugar baby di dunia realiti oleh beberapa individu selepas berlakon dalam drama Rampas Cintaku.

Menurut Afieq, walaupun menerima banyak tawaran sebegitu, dia memilih untuk tidak melayan kerana kurang gemar dengan perkara tersebut.

“Saya pernah ditawarkan untuk menjadi ‘anak ikan’ disebabkan oleh watak dalam drama tersebut.
“Tapi bila dapat tawaran itu (di media sosial), saya kadang-kadang terus sekat akaun atau padam mesej itu. Saya rasa benda ini penipuan, walaupun orangnya betul, saya tetap anggap penipuan,” katanya.

Aktor berusia 27 itu berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran drama Rampas Cintaku 2 di Pavilion, Kuala Lumpur pada Jumaat.

Tambahnya, dia juga terkejut kerana ditawarkan untuk menjadi ‘anak ikan’ kerana sebelum ini dia berpendapat hanya golongan wanita yang diberikan tawaran sebegitu.

“Saya ingatkan tawaran ini hanya untuk wanita sahaja, tapi rupanya tawaran untuk lelaki pun ada.
“Jadi, saya tak berapa gemar lah bila ditawarkan begitu,” ujarnya.

Malahan, aktor berkenaan juga mengakui terkejut selain tiba-tiba berasa takut dengan dunia realiti selepas memegang watak dalam drama arahan Ejump Mohd itu.

“Rupanya saya takut dengan dunia realiti. Sebab sebelum saya berlakon pada musim pertama, saya tak sangka benda ni memang ada.
“Tapi selepas berlakon musim pertama dah didedahkan dengan dunia luar, dah kerja sana sini, rupanya dalam realiti ni lebih menakutkan,” kongsinya.

Dalam pada itu, Afieq atau nama sebenar Muhammad Syafieq Shazwan juga berkata, dia mendapat sokongan penuh daripada keluarga bagi menjayakan watak tersebut.

“Keluarga saya sokong je, tiada kekangan daripada mereka. Tapi kekangan itu pada diri saya sendiri sebab saya lelaki dan tak berkahwin lagi,” katanya.

Pada masa sama, Afieq turut menyuarakan kerisauannya terhadap beberapa babak ‘berani’ bagi musim kedua ini walaupun sudah memegang watak sebagai suami.

“Memang risau, siapa je tak risau. Kita bekerja diketahui oleh mak dan keluarga.
“Tapi musim kedua ni alasan untuk melakukan babak ‘berani’ itu kuat sikit sebab dah pegang watak sebagai suami.
“Musim pertama tu, bila mak tanya watak apa, jadi anak ikan, takut sikit. Musim kedua ini lebih selesa untuk melakukan kerja,” ujarnya.

Sekadar info, Afieq membawa watak sebagai Rizal iaitu suami kepada Datin Safieyah lakonan Fasha Sandha selepas menjadi ‘anak ikan’ pada musim pertama.

The post Afieq Shazwan tak layan ditawar jadi ‘anak ikan’ di dunia realiti appeared first on Oh My Media.

from Oh My Media https://ift.tt/GE9Trtc
sumber : ohmymedia.cc

No comments