Ajak Shiro ambil SPM ulangan subjek Matematik -“Pendidikan itu penting”
Pelawak yang juga penyampai radio Suria FM iaitu Ajak Shiro menyatakan dia ambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ulangan bagi subjek Matematik tidak lama lagi.
Ajak Shiro ambil SPM ulangan, satu kelas tuisyen dengan anak
Pemilik nama Mohd Hanafi Razak berkata, keputusan itu dibuat selepas melihat anak sulungnya, Jad Thaqif yang turut lemah dalam subjek Matematik tertekan ketika berada dalam kelas tambahan.
“Apabila hantar anak masuk tuisyen, saya nampak dia (anak sulung) agak tertekan, Jadi, saya cakap pada isteri untuk daftarkan saya sekali untuk ambil ulangan SPM subjek Matematik.
“Sudahnya saya belajar Matematik bersama anak dengan guru yang sama di pusat tuisyen berkenaan. Semasa guru itu mengajar anak, saya pun turut berada di sebelahnya. Saya tunjuk kepayahan saya, anak saya tengok saya bersusah payah, dia ikut apa yang saya buat,”ujarnya.
Artikel lain: “Dah 9 jenazah dia mandikan..” – Ajak Shiro syukur anak sulung mampu urus jenazah
Penyampai radio berusia 39 tahun berkata, meskipun dirinya sudh berusia, namun dirinya tetap mahu mengambil peperiksaan SPM ulangan.
Ini kerana dirinya sedar akan kepentingan sesuatu ilmu selain dia juga mempunyai keinginan mahu menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi.
“Walaupun saya sudah tua, tapi saya tetap mahu ambil peperiksaan ulangan,”kata Ajak Shiro.
Pendidikan itu penting, dunia influencer sekadar indah dari khabar
Dalam pada itu, Ajak berkata dia tidak setuju dengan pandangan segelintir selebriti dan pempengaruh media sosial dengan mengatakan pendidikan kurang penting.
Ujarnya, kata-kata yang dilontarkan oleh mereka ini boleh mempengaruhi pemikiran anak-anak muda terutama dalam kalangan peminat dan pengikut media sosial mereka.
“Siapa yang ada ilmu, dia duduk di celah hutan sekali pun, dia nampak kayu pun sudah boleh menghasilkan perobot dan memasarkan ia di serata dunia
“Benda (ilmu) itu, dia boleh kekal dan amalkan sepanjang hayatnya serta turunkan ia kepada anak-anak. Itulah tingginya ilmu,”katanya lagi.
Tegas Ajak, ilmu merupakan perkara yang penting dalam hidup seseorang dan ia perlu seiring dengan adab biarpun seseorang itu dikenali ramai.
“Kurang elok cakap macam itu sebab sejauh mana pun kita pergi ilmu dan adab adalah keutamaan.
“Ilmu penting kerana orang akan pandang kalau kita berpelajaran. Saya sendiri pentingkan pelajaran anak-anak dan pesan pada mereka agar jangan ikut jalan seperti saya,”kongsinya.
Video penuh:
Sumber: YouTube mStar Online Malaysia
from Oh My Media https://ift.tt/IPyfr7m
sumber : ohmymedia.cc

Post a Comment