Header Ads

Dugaan ‘disingkir’ jadi penyampai radio, Tyzo syukur tiba di Mekah

Bekas penyampai radio Suria FM, Tyzo syukur tiba di Tanah Suci Mekah bagi menunaikan ibadah umrah.

Menerusi perkongsian di Facebook, Tyzo memuat naik sebuah video memaparkan dia berada di bilik hotelnya yang memandang ke arah Kaabah.

Tyzo syukur tiba di Mekah

Menerusi rakaman berdurasi 26 saat itu, Tyzo yang memakai pakaian ihram menunjukkan pemandangan dari bilik hotel selain mengucapkan terima kasih kepada individu yang menaja ibadah umrahnya.

“Alhamdulillah rezeki, terima kasih Jay Ibrahim Travel, Haji Hariz dan juga Haji Jay, terima kasih banyak-banyak,” katanya.

Sementara itu, Tzyo atau nama sebenarnya Tuah Zolqarnain juga menulis rasa kesyukurannya kerana dapat menunaikan umrah ketika dia sedang menghadapi ujian pada ruangan kapsyen.

“Syukur saya selamat sampai Mekah. Paling mengharukan, Haji Jay dan Haji Hariz tempatkan saya di tingkat 47, Hotel Swissotel tingkat paling tinggi Menara Jam Mekah.
“Betul-betul menghadap Kaabah. Rezeki saat diduga,” tulisnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut mengucapkan rasa kesyukuran terhadap Tyzo kerana dapat menunaikan ibadah umrah saat diduga.

Alhamdulillah

Peluang untuk meluahkan segalanya kepada Yang Esa

Semoga dipermudahkan

Keep moving

Allah gantikan rezeki yang lebih baik buat Tyzo

Alhamdulillah..

Terdahulu, Tyzo telah ditamatkan perkhidmatan daripada Suria FM atas alasan pihak stesen radio itu mahu merangka semula strategi dan perancangan baharu bagi tahun ini.

Bagaimanapun, lelaki berusia 40-an itu menyatakan dia tidah redha dengan keputusaan tersebut serta mendakwa dirinya dianiaya.

Namun tidak lama selepas itu, pihak Suria FM pula menafikan mereka menganiaya Tyzo sebaliknya mengambil tindakan itu bagi merombak semula Suria FM.

Sumber: Facebook Tyzo Xander

The post Dugaan ‘disingkir’ jadi penyampai radio, Tyzo syukur tiba di Mekah appeared first on Oh My Media.

from Oh My Media https://ift.tt/6tyCZQq
sumber : ohmymedia.cc

No comments