Fadhlina Sidek hadir sesi dialog penganjur PBAKL dengan penerbit buku tanpa protokol
Menteri Pelajaran Malaysia, YB Fadhlina Sidek telah menghadiri sesi dialog antara penganjur dengan penjual dan penerbit buku mengenai isu tapak reruai bagi Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2024 yang berlansung di Bangunan Mustapha Kamal, Cyberjaya pada 30 Disember 2023.
Sesi dialog berkenaan dilakukan susulan rasa tidak puas hati penjual dan penerbit buku terhadap Jawatankuasa Pengelola Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (JK PBAKL) iaitu Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM) mengenai isu tapak reruai yang telah dijual sebelum tempahan dibuka kepada umum.
Kehadiran Fadlina dalam sesi dialog ini tanpa sebarang protokol menunjukkan bahawa kerajaan Madani amat prihatin dengan hal ehwal pembukuan di Malaysia.
Susulan daripada itu, kepincangan yang berlaku sudah mendapat kata putus apabila pihak MBKM mengakui kepincangan mereka dalam mengelola acara dan akan berusaha memperbaiki kelemahan.
Pengerusi Pengelola PBAKL, Mohd Khair Ngadiron berkata, cadangan mekanisme itu akan dikemukakan pada 15 Januari 2024 dan kemudian bakal dilaksanakan selepas mendapat persetujuan semua pempamer.
“Kita akui ada sedikit kelemahan dalam pengurusan PBAKL 2024 dan ada ruang-ruang yang kita boleh berbaiki.
“Jadi kita mengadakan dialog ini untuk penambahbaikan PBAKL dengan mendapatkan maklum balas untuk semua pemain industri.
“Alhamdulilah sambutan cukup baik banyak cadangan yang dikemukakan (peserta) dan kita membuat ketetapan bahawa perkara paling utama adalah membuat relokasi tapak reruai untuk pempamer.” katanya.
Difahamkan, dalam sesi dialog terbabit, seramai 200 pempamer hadir memberikan pandangan mereka dengan disaksikan oleh Menteri Pelajaran sedikit sebanyak telah membantu dalam memberi solusi itu isu yang sedang berlaku.
The post Fadhlina Sidek hadir sesi dialog penganjur PBAKL dengan penerbit buku tanpa protokol appeared first on Oh My Media.
from Oh My Media https://ift.tt/sqEH9Db
sumber : ohmymedia.cc

Post a Comment