Ilmu asas berbeza dengan praktikal, podcaster dakwa sekolah tiada nilai
Tular sebuah video pendek seorang podcaster yang menyifatkan ilmu yang dituntutnya semasa zaman persekolahan tidak mempunyai nilai.
Podcaster kongsi pengalaman peribadi
Menerusi video tular, podcaster lelaki berkongsi kisahnya yang tidak mampu memberi jawapan kepada isteri ketika disoal mengenai darah haid agak panjang daripada kebiasaan.
Kongsinya, soalan spontan yang ditanya oleh isterinya itu adakalanya membuatkan diri tergamam dan tidak tahu menjawab sehingga berpendapat ilmu yang dipelajari seakan tiada nilai.
“Kau bayangkan eh, aku dah kahwin, kadang tu contoh bini aku mengalami pendarahan, haid dia kadangkala melebihi hari.
“Aku macam ‘eh, berapa hari ni eh? Kalau macam ni, apa yang aku perlu buat? Dah boleh solat ke belum eh? Malunya, kau suami tapi tak tahu nak jawab,”ujarnya dalam sesi podcast tersebut.
Ilmu asas berbeza dengan praktikal
Dalam pada itu, podcaster berkenaan turut mengakui ilmu asas yang dipelajari mempunyai perbezaan jika hendak dibandingkan dengan praktikal.
Oleh itu, dirinya berpendapat nilai ilmu yang sebenar adalah ilmu Allah S.A.W. jika hendak dibandingkan dengan perkara dipelajari di sekolah suatu ketika dahulu.
“Memanglah dulu kita belajar asas, tapi bila dah datang kepada latihan praktikal yang ilmu itu perlu digunakan, kau jam (terdiam, tak tahu), malunya.
“Bila aku look back dengan apa yang aku buat di sekolah dulu, SPM ni pun tidak, kosong. Aku fahamlah, aku nak jadi engineer.. perlulah engineer di Malaysia. Akan ada haters engineer kenalah di Malaysia.
“Tapi sebenarnya kalau kita betul-betul fikir kan, nilai yang sebenar adalah ilmu Allah S.A.W,”kata podcaster berkenaan.
Artikel lain: “Sekolah hanya membazir masa..”- As’ad Motawh jujur, tak perlu belajar sains ke tahap ‘advance’
Podcaster bermasalah, bukan sekolah tiada nilai!
Kenyataan tersebut secara tidak langsung menyebabkan ramai dalam kalangan warganet tidak berpuas hati.
Salah seorang pengguna X yang memuat naik semula video tersebut berpendapat dia tidak kisah jika podcaster berkenaan mahu mengkritik sistem persekolahan.
Namun, adalah menjadi satu kesalahan jika berpendapat sekolah tidak mempunyai nilai terutama ilmu asas Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah.
“Yang masalah itu kau. Bukan sekolah. Islam adalah keseimbangan. Dia ni (podcaster) tak pernah dengar Fardhu Ain dan kifayah ke? Dengar cara dia berbual saja dah tahu tahap IQ dia macam mana,”ciap pengguna dikenali Harith Hamzah.
Tak semua orang perlu jadi podcaster!
Bukan itu sahaja, penyanyi yang juga pelakon Naim Daniel tidak sependapat dengan kenyataan dikeluarkan oleh individu terbabit.
Ujar Naim atau nama sebenarnya Muhammad Naim Daniel Baharin, tidak semua orang perlu membuat ‘podcast’ kerana ia memerlukan seseorang berilmu pengetahuan dalam menyampaikan sesuatu.
Selain pelatun lagu Sumpah itu, warganet juga berpendapat segala ilmu asas yang dipelajari di sekolah adalah bernilai.
Terdapat juga warganet meninggalkan soalan sama ada podcaster berkenaan benar-benar memberikan tumpuan dalam kelas subjek Pendidikan Islam sewaktu di sekolah,
Sumber: X HarithHmzh
The post Ilmu asas berbeza dengan praktikal, podcaster dakwa sekolah tiada nilai appeared first on Oh My Media.
from Oh My Media https://ift.tt/NhcO9Er
sumber : ohmymedia.cc

Post a Comment