Individu dakwa dilayan macam ‘sampah’ di restoran jenama daging perap popular
Seorang individu dakwa dilayan macam ‘sampah’ ketika menikmati makanan di sebuah restoran jenama daging perap popular.
Menerusi satu perkongsian di TikTok, @akumemehati memuat naik luahan hati berhubung layanan teruk diterimanya daripada pekerja di restoran tersebut.
@akumemehati Food 8/10 Service 4/10. Satu lagi masalah, suka bagi oder tak complete. #pakmatwestern #fyp #fypシ #malaysia #fypage
Individu berkenaan menyifatkan layanan pekerja kepada pelanggan seperti acuh tak acuh, jauh berbeza daripada strategi pemasaran digunakan oleh jenama itu di media sosial.
“Layanan sampah. Marketing je gempak. Pelanggan tanya soalan diorang balas nak tak nak dengan bagi jawapan sarkastik.
“Tahulah bukan artis,” tulisnya.
Bercerita lanjut, ketika dia memberitahu pekerja tersebut tersalah menghantar pesanan minumannya, mereka membalas teguran dengan nada marah.
“Hari itu nak dijadikan cerita diorang salah bagi air. Aku pergilah tegur, siap bangun sendiri lagi dari meja pergi tegur kat tempat diorang masak sebab diorang sibuk.
“Lepastu diorang balas ‘oh, sini bukan tempat buat air, sini tempat makanan’. Manalah aku tahu, ini pertama kali aku datang sini,” ujarnya.
Malah, individu itu turut mendakwa pekerja terbabit membuat mimik muka menjengkelkan selain tidak meminta maaf atas kesalahan mereka.

“Dengan dia bagi face expression menyampah. Datang balik tak cakap maaf sebab diorang salah bagi air. Macam kita pula yang salah,” luahnya.
Pada masa sama, @akumemehati mengakui kurang senang atas layanan terbabit hanya disebabkan masih belum memahami prosedur restoran tersebut.
Artikel lain: Disindir beli semua ‘seat’ tonton wayang, Madammu mengaku ‘terpaling introvert’
“Tak suka bila kali pertama pergi kedai makan, diorang balas macam kita ni tahu tempat diorang. Siap marah sebab tak tahu prosedur kat situ.
“Kita ni nak sokong orang Melayu buat bisnes, tapi tulah,” katanya lagi.
Menjengah ke ruangan komen, terdapat netizen mendakwa turut berdepan pengalaman sama, namun ada juga yang berkongsi bahawa mereka mendapat layanan sebaliknya daripada pekerja restoran berkenaan.
Betul, memang bermasalah
Haritu dia bagi salah order, dia marah kata kita salah….
Saya pergi servis terbaik je…
Layanan saya semua okay, confirm repeat balik!
Sekadar info, jenama makanan sejuk beku ini bukan sahaja menjual produknya namun juga mempunyai beberapa cawangan restoran yang kerap dipenuhi pelanggan.
Sumber: TikTok @akumemehati
The post Individu dakwa dilayan macam ‘sampah’ di restoran jenama daging perap popular appeared first on Oh My Media.
from Oh My Media https://ift.tt/kGgifnx
sumber : ohmymedia.cc

Post a Comment