Header Ads

Projek Residensi Hektar Gombak masih di bawah kategori sakit – KPKT

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) masih mengekalkan status Projek Residensi Hektar Gombak di bawah kategori sakit.

Menerusi satu kenyataan, menterinya Datuk Aiman Athirah berkata projek Residensi Hektar Gombak telah diklasifikasikan sebagai projek sakit kerana mengalami kelewatan berbanding jadual kerja yang ditetapkan.

Projek Residensi Hektar Gombak

Foto: Free Malaysia Today

“Jadual kerja projek ini ditetapkan dalam Perjanjian Jual Beli (PJB) dan ia telah gagal untuk disiapkan dalam tempoh PJB itu.
“Status kemajuan sebenar di tapak kekal sebanyak 84.75% dan kerja-kerja di tapak hanya minimal dan tidak memberikan kemajuan yang signifikan,” katanya dalam kenyataan itu pada Isnin.

Sementara itu, KPKT akan terus membantu pemaju bagi mendapatkan bantuan kewangan untuk menyiapkan projek tersebut.

Artikel lain: “Jatuh maruah I!”- Pemuda dimarahi wanita, jemput keluar makan naik Myvi

Bagaimanapun, pemaju hendaklah akur dan memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh institusi kewangan bagi memastikan dana pinjaman diluluskan kepada pemaju berkenaan.

Projek Residensi Hektar Gombak

Projek Residensi Hektar Gombak

Foto: Dagang News

“KPKT sedia memperhalusi alternatif terbaik untuk membantu pemulihan projek perumahan sakit terutamanya bagi rumah mampu milik demi kemaslahatan pembeli rumah yang terpaksa menanggung pembiayaan perumahan di samping kos menyewa rumah sedia ada,” ujarnya.

Dalam pada itu, Pasukan Task Force Projek Perumahan Swasta Sakit dan Terbengkalai (TFST) telah mengadakan beberapa sesi libat urus bersama pemaju dan turun ke tapak projek sebagai langkah mitigasi daripada Kerajaan MADANI.

TFST berjaya memudahcara menyelesaiakn isu-isu teknikal yang melibatkan Pemasangan Paip Utama di Bawah Skim Bekalan Air Bersepadu (IWSS), Sewage Treatment Plan (STP) dan Pemasangan Paip Greater KL (GKL).

Tambah Aiman Athirah, KPKT melalui TFST komited meneruskan agenda nasional dalam membantu pemulihan projek-projek perumahan swasta yang bermasalah tidak kira dalam kategori lewat, sakit atau terbengkalai.

“Ini bagi memastikan kepentingan pembeli rumah terpelihara seterusnya mengurangkan beban rakyat bagi menjamin kelestarian industri perumahan mampu milik secara keseluruhan,” tambahnya.

The post Projek Residensi Hektar Gombak masih di bawah kategori sakit – KPKT appeared first on Oh My Media.

from Oh My Media https://ift.tt/4wE7oD9
sumber : ohmymedia.cc

No comments