Puteri Sarah sebak, dua2 ‘atuk’ teman anak ikuti pertandingan bola sepak
Pelakon cantik, Puteri Sarah sebak apabila bapanya dan juga bapa mentua, Datuk Yusof Haslam menemani anaknya Syaikhul Islam yang mengikuti pertandingan bola sepak.
Sedih pula tengok gambar
Menerusi posting yang dibuat pelakon itu, dia meluahkan rasa terharu kerana kedua-dua ‘atuk’ kepada anak-anaknya tidak kisah meluangkan masa untuk cucu tersayang.
“Saya tak tahu kenapa bila tengok gambar ni saya rasa sedih. Terima kasih baba dan papa sebab teman Syaikhul untuk perlawanan bola sepak hari ini,” ujarnya.
Puteri Sarah sebak, titip pesan buat anak
Puteri Sarah atau nama sebenarnya, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin juga sempat menitipkan pesan kepada anak sulungnya untuk terus mengingati dua figura hebat ini kerana sentiasa berada bersamanya.
“Syaikhul Islam, awak ada dua figura hebat yang akan menjaga dan menyayangi awak dalam apa keadaan sekalipun.
“Jangan lupa nanti balas jasa atuk-atuk awak ye,” pesannya.
Puteri Sarah sebak, ramai yang tumpang terharu sama
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang meninggalkan kata-kata positif terhadap momen tersebut. Rata-rata mereka memuji hubungan silaturahim antara mereka yang masih lagi baik walaupun perpisahan antaranya dengan bekas suami mencetuskan pelbagai kontroversi sebelum ini.
Semoga Syaikhul berjaya macam atuk-atuknya
Untung Shaikhul ada dua orang atuk yang hebat
Ibu Syamsul Yusof turut gembira silaturahim masih terjaga
Ibu kepada Syamsul Yusof, Datin Patimah Ismail juga turut meninggalkan komen dengan mengatakan cucu-cucu adalah pengikat hubungan silaturahim antaranya dengan keluarga Puteri Sarah sehingga kini.
Untuk rekod, pelakon drama Ratu Lori itu pernah mendirikan rumah tangga pada 2014 dengan pengarah tersohor, Syamsul Yusof dan dikurniakan dua orang cahaya, Syaikhul Islam serta Sumayyah.
Namun, sekitar pertengahan tahun lalu, pasangan berkenaan telah sah bercerai talak satu setelah pelbagai ‘drama’ berlaku antara mereka berpunca daripada kehadiran insan ketiga.
Sumber: Instagram Puteri Sarah
The post Puteri Sarah sebak, dua2 ‘atuk’ teman anak ikuti pertandingan bola sepak appeared first on Oh My Media.
from Oh My Media https://ift.tt/PvuqSsC
sumber : ohmymedia.cc

Post a Comment