Header Ads

Puteri Sarah tak selesa nama dipetik bakal berkahwin – “Tak suka orang memandai-mandai”

Pelakon dan usahawan, Puteri Sarah Liyana akui tak selesa apabila nama dipetik dan didakwa bakal berkahwin dengan rakan perniagaan, Andi Arsyil.

Menurut laporan Harian Metro, tindakan seorang individu memetik huruf PSL yang mewakili namanya selain mengatakan dia bakal berkahwin boleh menimbulkan fitnah.

“Saya sendiri pun tak tahu (mengenai perkahwinan). Saya tak suka bila ada orang yang keluarkan kenyataan sebegitu kerana ia boleh mendatangkan fitnah.
“Kami hanya rakan dalam perniagaan produk penjagaan kulit. Saya tak suka orang memandai-mandai cakap begitu sebab saya sendiri pun terkejut.
“Untuk seseorang yang keluarkan kenyataan begitu bagi pihak saya, saya rasa tak sedaplah sebab benda ini akan mendatangkan fitnah.
“Kawan-kawan saya pun tak pernah cakap atau keluarkan kenyataan begitu. Tiba-tiba ada orang tu memandai-mandai keluarkan kenyataan begitu,” katanya.

Pelakon berusia 38 tahun itu berkata, dia dan Andi bersiaran langsung di platform media sosial TikTok hanya untuk menjual produk mereka.

Puteri Sarah tak selesa nama dipetik bakal berkahwin

“Saya buat siaran langsung pun, sebab saya jual barang di TikTok. Tapi, itu bukan alasan untuk kamu nak buat lawak dan keluarkan kenyataan mengatakan saya nak kahwinlah atau apa,” ujarnya.

Dalam pada itu, Puteri Sarah memaklumkan sekarang bukan masa sesuai untuk mencari jodoh atau kembali mendirikan rumah tangga.

“Bukan sekarang. Belum masanya lagi. Sekarang, saya nak fokus kepada anak-anak dan perniagaan. Insya-Allah akan mulakan penggambaran semula pada akhir bulan ini.
“Sekarang, alhamdulillah selepas selesai penggambaran beberapa drama dan teater, memang saya 100 peratus tumpukan kepada perniagaan,” kongsinya.

Terdahulu, bekas isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada Mat Shukri seolah-olah memberi bayangan bahawa Puteri Sarah bakal berkahwin.

Shuhada membuat kenyataan tersebut menerusi satu komen pada hantaran pempengaruh media sosial, Farah Lee yang baru bernikah.

“Tahniah. Maksudnya tinggal Shu je ke ni single selama-lamanya? Lepas ni dah PSL,” tulisnya pada ruangan komen.

Foto: Xtra

Rata-rata netizen meluahkan rasa teruja sekali gus beranggapan bahawa Puteri Sarah akan menamatkan status ibu tunggal tidak lama lagi.

Sumber: Harian Metro (Syafil Syazwan Jefri), Instagram Puteri Sarah Liyana & Nurul Shuhada

The post Puteri Sarah tak selesa nama dipetik bakal berkahwin – “Tak suka orang memandai-mandai” appeared first on Oh My Media.

from Oh My Media https://ift.tt/rE6eCcW
sumber : ohmymedia.cc

No comments