Header Ads

“Tengah sedap layan pendengar tup tup esok, kontrak tamat”- Linda Onn dedah realiti dunia radio

Bekas penyampai radio, Linda Onn mendedahkan dirinya pernah senasib dengan Tyzo yang baru ditamatkan perkhidmatan selepas lapan tahun setia bersama stesen Suria FM.

Penyampai radio bergantung pada kontrak, tamat pada bila-bila masa

Linda yang pernah bergelar penyampai radio Suria FM berkongsi realiti dunia radio yang tidak seindah yang disangka ramai di mana mereka hanya bergantung kepada kontrak.

Kongsi bekas penyampai radio berusia 47 tahun, kejayaan seseorang memenangi banyak anugerah tidak membantu mereka untuk kekal, sebaliknya bergantung kepada nasib sesebuah kontrak yang dibuat.

“Inilah realiti dunia radio. Dengar macam seronok, terpeleot (tersasar) sikit nasib kita di hujung dakwat pen.
“Tengah sedap dapat rezeki, layan pendengar, seronok dengan pekerjaan, tup tup (tiba-tiba) esok kontrak tamat.
“Sabar sahajalah. Yang tahu dunia radio sahaja tahu, banyak yang indah tetapi segalanya bergantung kepada kontrak sambung atau tidak, kita menang ABP tujuh kali sekali pun tidak membantu ya anak-anak,” katanya dalam sebuah hantaran di Facebook, kelmarin.

Linda Onn

Linda Onn akui seronok kerja di Suria FM

Pemilik nama Rozlindah Onn yang memasuki keluarga Suria FM pada 2010 mengakui seronok ketika bekerja di konti radio berkenaan.

Personaliti penyiaran kelahiran Singapura itu turut berkongsi pengalaman menyeronokkan dalam menarik dan meraih pendengar yang dahulunya cuma 700,000 kepada lebih tiga juta pendengar.

“Sebenarnya seronok kerja di Suria dulu sebab strategi pasukan kami berjaya naikkan ‘rating’.
“Ingat lagi betapa saya terkejut bila baru nak tandatangan kontrak sudah dapat tahu pendengar 700,000, maklumlah kita biasa pendengar berjuta-juta.
“Masa itu suruh pendengar buat panggilan pun telefon tak berkelip. Berkat usaha gigih pasukan, alhamdulillah dapat lebih tiga juta pendengar. Terus pendengar kenal Suria FM. Baru sebut topik, telefon menyala tidak berhenti. Penangan kami dulu,” ujarnya.

Linda Onn

Bagaimanapun, perkhidmatan Linda Onn ditamatkan secara tiba-tiba ketika namanya sedang sama-sama memuncak bersama Suria FM.

Kongsi Linda Onn lagi, hari terakhir dirinya diberitahu kontraknya tidak disambungkan adalah hari yang sama dia perlu menemubual penyanyi Dayang Nurfaizah untuk siaran pada Sabtu.

“Masa Dayang sampai, bos panggil masuk beritahu kontrak tidak sambung, tergendala semuanya kerana hari terakhir Jumaat tetapi temu bual Dayang ke udara Sabtu,”dedah Linda.

Linda Onn

Dalam hantaran yang sama, Linda menitipkan semangat buat Tyzo yang baru ditamatkan perkhidmatan sebagai penyampai segmen Suria Petang di stesen radio Suria FM pada 12 Januari lalu.

Terdahulu, Tyzo atau nama sebenarnya Tuah Zolqarnain yang mengucapkan ‘terima kasih’ atas penganiayaan seolah-olah tidak rela dengan penyingkiran tersebut.

Artikel lain: “Panas kalah ABPBH ke?” -DJ Selangor FM kesal Tyzo dianiaya di Suria FM

Susulan itu, ramai pendengar menzahirkan rasa tidak puas hati sehingga ada yang mahu memboikot Suria FM. Malah, terdapat beberapa individu dalam kalangan penyampai radio tampil bersuara mengenai nasib menimpa Tyzo.

Sumber: FB Linda Onn

The post “Tengah sedap layan pendengar tup tup esok, kontrak tamat”- Linda Onn dedah realiti dunia radio appeared first on Oh My Media.

from Oh My Media https://ift.tt/YCeDN09
sumber : ohmymedia.cc

No comments