Ustazah Norhafizah jelaskan doa dikongsi untuk tujuan ilmu, bukan buat lawak lucah
Penceramah, Datuk Dr Norhafizah Musa atau biasa disapa Ustazah Norhafizah telah memberi penjelasan berhubung video tular dipercayai tindakannya berkongsi doa yang boleh diamalkan untuk menguatkan alat kelamin suami dalam satu program tertutup yang hanya dihadiri kaum wanita sahaja.
Sedang berbincang topik ‘mati putik’
Memetik laporan dari Astro Gempak, Ustazah Norhafizah memaklumkan yang ketika berkongsi doa tersebut, mereka sedang berbincang perihal ‘mati putik’ dan beliau telah bercakap dari segi hukum hakam serta cara untuk melayan suami dalam konteks Islam.
“Ketika itu kami sedang membincangkan topik mati putik jadi saya bercakap dari sudut hukum hakam dan bagaimana Islam melihat tentang keperluan melayan suami.
“Jadi doa yang saya kongsikan itu memang doa yang diperlukan untuk memohon kepada Allah SWT bagi mengatasi masalah tersebut kepada sesiapa yang menghadapi masalah seperti itu.
“Bukanlah doa itu tidak ada sandarannya, saya dah kongsi juga sandaran, nama kitab dan nama ulama’ yang menyebut doa tersebut tetapi saya nak jelaskan doa itu bukan disandarkan oleh Rasulullah SAW,” jelasnya.
Ustazah Norhafizah jelaskan doa dikongsi bukan untuk tujuan lucah
Beliau juga menambah pendiriannya dalam berkongsi doa tersebut mungkin mendapat penerimaan yang berbeza bergantung kepada individu namun bersyukur kerana ada yang berfikiran positif.
“Ustazah bukan buat lawak lucah, bukan cakap benda-benda yang tidak sepatutnya saya hanya berkongsi doa itu untuk majlis ilmiah dan yang datang itupun memang ada yang hadapi masalah tersebut.
“Jadi, mungkin yang komen negatif itu tidak memerlukan doa itu, sebenarnya lebih baik netizen yang kritik itu tonton video penuh dan bersangka baik.
“Tapi saya bersyukur juga kerana ada segelintir yang berterima kasih dan ingin mengamalkan doa tersebut,” ujarnya.
Artikel lain: Ustazah Asma’ kecewa, dialog Janna Nick di Tanah Suci tiada sensitiviti kepada Islam
Ustazah Norhafizah jelaskan video berdurasi 1 minit 32 saat perlu ditonton penuh
Terdahulu, video yang dimuat naik satu akaun X dikenali sebagai The Mamu telah mendapat perhatian ramai susulan doa yang dikongsikan Ustazah Norhafizah.
Dalam video berdurasi satu minit 32 saat berkenaan, penceramah yang duduk di samping selebriti terkenal, Neelofa telah berkongsi doa untuk menguatkan alat kelamin suami di hadapan hadirin wanita.
Dear Jakim. Ni ada ustazah ajar doa kuatkan konek pada khalayak wanita. Tapi awak lagi suka nak bangunkan sistem AI untuk pensijilan halal. Patut awak la yang ajar lelaki doa2 gini demi meramaikan umat. Kannn? pic.twitter.com/twOHo0XyoC
— The Mamu (@The_Mamu) January 18, 2024
Pelbagai komen diterima di platform X tersebut yang kebanyakannya kurang senang dengan perkongsian itu.
Namun, ada juga yang memaklumkan doa berkenaan sebagai satu ikhtiar buat pasangan yang sudah berumah tangga dan tiada kesalahan dilakukan memandangan program tersebut dibuat secara tertutup.
Sumber: Astro Gempak (Umirah Halim) X The Mamu
The post Ustazah Norhafizah jelaskan doa dikongsi untuk tujuan ilmu, bukan buat lawak lucah appeared first on Oh My Media.
from Oh My Media https://ift.tt/g0V8A6F
sumber : ohmymedia.cc

Post a Comment