Header Ads

Wanita bangga kerja kerajaan, dakwa ada orang dalam & rehat 3 jam

Tular sebuah tangkap layar menunjukkan seorang wanita bangga menceritakan pengalaman waktu rehat sambil mendakwa dia kerja kerajaan kerana ada orang dalam.

Tiga jam waktu rehat kerja kerajaan

Menerusi hantaran tular di aplikasi X, jelas memaparkan seorang wanita memuat naik sebuah video dia sedang meluangkan waktu rehat selama tiga jam bersama rakan-rakan di salah sebuah pusat karaoke.

Dalam tangkap layar video tersebut, wanita terbabit memberitahu bagaimana dia meluangkan waktu rehat yang panjang.

“POV kamu pergi karaoke pada setiap hari Jumaat sebab kebiasaannya waktu rehat selama tiga jam,”tulisnya ringkas.

bangga kerja kerajaan

Artikel lain: Dah beli cincin, pemuda ‘direject’ bakal mentua sebab bukan kerja kerajaan

Bangga kerja kerajaan sebab ada orang dalam

Perkongsian wanita tersebut mengenai waktu kerjanya yang lama pada hari Jumaat telah menarik perhatian ramai sehingga ada yang meninggalkan soalan.

Dengan bangganya, wanita tersebut mengaku dia merupakan pekerja sektor awam dan setiap kali rehat, mereka akan menghabiskan masa di pusat beli-belah yang cuma terletak di sebelah pejabat sahaja.

Dia juga mengaku mempunyai ‘orang dalam’ dalam sektor tersebut iaitu ibunya sendiir bekerja di situ.

bangga kerja kerajaan

“Kerja kontrak sahaja. Jabatan Perangkaan. Jika orang familiar dengan MyStep, semua tahu senang nak mohon sebab kerja biasa-biasa sahaja,”jawabnya ketika disoal oleh seorang pengguna lagi.

bangga kerja kerajaan

Bijak sangat beritahu orang luar!

Rata-rata warganet mengkritik tindakan kurang cerdik wanita terbabit kerana mendedahkan sendiri ‘aib’ di media sosial iaitu kerja kerajaan dengan menggunakan ‘orang dalam’ (mempunyai hubungan demi kepentingan).

Tidak kurang juga ada yang bersimpati dengan nasib yang bakal menimpa ibu wanita terbabit disebabkan sikap anaknya yang berani membuka pekung di media sosial.

Sumber: X heyizwanizzat_

from Oh My Media https://ift.tt/AMXHDl7
sumber : ohmymedia.cc

No comments