Wanita kecewa, diminta buat ‘loan’ baru selepas kereta Bezza dibeli tak sampai 8 jam rosak
Seorang wanita meluahkan rasa kecewa selepas kereta Perodua Bezza yang dibelinya pada 17 Oktober lalu rosak tidak sampai lapan jam selepas dibeli.
Baru beli Bezza tak sampai 8 jam dah rosak!
Menerusi hantaran tular dimuat naik di platform Facebook, Nagakanni Subramaniam menyatakan sudah dua bulan lebih masalah tersebut berlaku. Namun, sehingga kini ia masih belum dapat diselesaikan.
Sebaliknya, dia diminta untuk menggantikan kereta Bezza rosak tersebut dengan kereta baharu dengan alasan terdapat unsur asing dalam kenderaan tersebut seperti gula.
“Saya telah request Perodua untuk ganti kereta baru. Saya diminta untuk menunggu keputusan dari HQ Perodua yang memerlukan waktu dua minggu hingga satu bulan.
“Encik Sufian, Customer Sales Executive dari HQ Perodua menelefon saya. Dia kata, menurut penyiasatan awal, enjin kereta saya rosak sebab ada benda asing seperti gula.
“Dia kata material tersebut tak digunakan oleh Perodua. Masalahnya saya pun tak bawa apa-apa makanan atau gula dalam tempoh 8 jam, apatah lagi nak usik enjin,”ujarnya.
Nagakanni keliru dengan penjelasan yang diberikan kerana dia langsung tidak membeli apa-apa makanan atau gula di dalam keretanya dalam tempoh 8 jam tersebut.
Malah, ia juga dapat diligat daripada gambar yang dimuatnaik Nagakanni yang memaparkan keretanya baru berjalan sekitar 46km.
Dalam perkongsian di laman Facebook beliau hari ini, Nagakanni berkata, selain terpaksa membayar ansuran bulanan sebanyak RM537, pihak penjual hanya boleh memberikan kereta baharu jika dia membuat pinjaman semula.
Bagaimanapun beliau menolak saranan yang dibuat oleh jurujual terbabit kerana dia terpaksa menanggung hutang lama.
“Saya masih belum dapat apa-apa jawapan (secara hitam putih) darpada Perodua walaupun dah lebih 2 bulan. Tapi, saya masih kena bayar pinjaman setiap bulan.
“Beli Perodua Bezza 1.3 X, bayar bulan-bulan, tapi tak boleh guna kereta.
“Dah lebih 2 bulan, masih tiada jawapan dan tak selesai. Lagi sedih, saya masih kena bayar bulan-bulan RM537 walaupun kereta masih rosak,”dedahnya.
Mengikut kronologi, Nagakanni berkata, beliau membawa pulang kereta berkenaan pada pukul 11 pagi 17 Oktober dan ketika mahu menggunakan kenderaan tersebut pada pukul 7.40 malam keretanya tidak dapat dihidupkan.
Kereta tersebut kemudian ditunda ke Pusat Servis Perodua Segamat pada 18 Oktober dan dimaklumkan enjin kenderaan tersebut telah rosak.
Nagakanni turut memaparkan dua laporan polis yang dibuat pada 18 dan 19 Oktober 2023.
Nagakanni berharap Perodua dapat menyelesaikan selesaikan isu berkenaan dan dirinya akan terus melawan bagi mempertahankan haknya sebagai seorang pengguna.
“Saya hanya lawan untuk pertahan hak saya. Perodua. Perodua Harapan Terang Motor Segamat,” kata beliau.
Setakat ini, pihak pengurusan Perodua masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung isu tular berkenaan.
Sumber: FB Nagakanni Subramaniam
The post Wanita kecewa, diminta buat ‘loan’ baru selepas kereta Bezza dibeli tak sampai 8 jam rosak appeared first on Oh My Media.
from Oh My Media https://ift.tt/a28Pu4v
sumber : ohmymedia.cc

Post a Comment