Header Ads

Wanita sedih, rindu anak susuan dijaga 13 tahun direbut keluarga kandung

Seorang wanita akui sedih akibat menanggung rindu anak susuan yang diambil secara paksa oleh keluarga kandung pada penghujung tahun 2023 lalu.

Keluarga kandung rebut anak susuan, paksa kembali ke pangkuan selepas 13 tahun…

Wanita dikenali Ramannie mengatakan anak susuan yang juga anak angkatnya, Uzma dijaga sejak lahir sehingga selama 13 tahun.

Bagaimanapun, anak susuannya itu telah dituntut dan direbut keluarga kandung tanpa kerelaan.

Ia dapat dilihat dengan jelas yang menunjukkan Uzma tidak mahu mengikut ibu kandungnya, namun ditarik secara paksaan untuk mengikuti mereka pulang.

@ramanniecakehomemade

♬ suara asli – Nia Tobing – Nia Tobing

Ramannie berkata, selepas anak susuannya dibawa pergi oleh keluarga kandung, hubungan antara mereka berdua terus terputus dan tiada langsung khabar mengenainya.

Saban hari, dirinya terpaksa menanggung rasa rindu yang amat sakit kerana telah menganggap Uzma seperti anak kandungnya sendiri kerana telah dijaga sejak lahir lagi.

“Mama betul-betul rindu Uma (Uzma). Apa khabar kamu?Mama tidak boleh melupakan kau. Mama rindu anak mama ini. Kejam mereka buat kita berdua begini, anak.
“Sumpah, hari-hari mama menangis rindu anak mama ini.. sampai mama tutup mata pun nampak muka Uma. Uzma, mama mahu peluk kau nak..”luahnya.
@ramanniecakehomemade

♬ Hanya Rindu – Andmesh

@ramanniecakehomemade

uzma😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭

♬ Jiwa Yang Bersedih – Ghea Indrawari

Artikel lain: Rita Sosilawati syukur ‘meriah’ susu badan, siap bagi pada wanita lain

Tetap rasa sakit meski cuma anak susuan

Jelas Ramannie, meskipun dirinya hanya ibu susuan kepada remaja tersebut, namun kehilangan Uzma amat perit untuk diterima.

Katanya lagi, dia bukan tidak dapat menerima ketentuan anak susuannya sudah dibawa pergi tinggal bersama keluarga kandung, sebaliknya tidak dapat menerima cara Uzma dibawa pulang tanpa kerelaan diri,

“Mama sakit nak, kenapa mereka tak bagi Uzma berhubung dengan mama?
“Uzma anakku, biarpun mama hanya ibu susuanmy. Bukan mama tak reda, tetapi dengan cara begini tanpa kerelaan mu, juga tanpa mama dan abah tahu keadaanmu sekarang.
“Terlalu sakit bagi kami, terus pula pihak mereka putuskan silahturahim antara kita nak. Sakit umpama kematian tanpa jasad bagi mama. Mama hanya mampu berdoa semoga Allah pertemukan kita, permudahkan segala urusan kita,”kongsinya lagi.

anak susuan

Dalam pada itu, Rammanie juga memaklumkan keluarga kandung anak susuanya sudah mengambil perintah mahkamah di Semenanjung, tetapi dia (Rammanie) kini berada di Sabah.

Oleh itu, dia tidak mampu untuk berbuat apa-apa bagi mendapatkan semula hak jagaan anak susuan, sebaliknya menanggung kerinduan.

Meskipun tidak dapat berjumpa, namun Ramannie tetap  berharap agar dia dan anak susuan dipertemukan semula di akhirat kelak jika tidak mempunyai rezeki bertemu di dunia.

Dia juga tidak akan melupakan segala kenangan yang terukir selama 13 tahun hidup bersama anak susuannya.

Sumber: TikTok @ramanniecakehomemade

The post Wanita sedih, rindu anak susuan dijaga 13 tahun direbut keluarga kandung appeared first on Oh My Media.

from Oh My Media https://ift.tt/XpdiwmB
sumber : ohmymedia.cc

No comments