Header Ads

” Doktor Ni Tak Belajar Agama Ke?”-Lelaki Desak Mahukan Doktor Perempuan, Tetapi Bila Suruh Azan Anaknya, Ini Yang Jadi.

Tidak dinafikan, Islam menyarankan umatnya agar memilih doktor perempuan untuk menjaga aurat wanita. Namun, bersalin dengan doktor lelaki tidaklah salah jika keadaan itu darurat.

Seperti perkongsian ini, seorang doktor meluahkan rasa geram apabila lelaki ini menafikan haknya sebagai doktor. Lelaki ini dengan tegas mahukan doktor perempuan untuk menyambut kelahiran bayinya walaupun dalam keadaan darurat.

MANA BOLEH DOKTOR LELAKI YANG PERIKSA.

Di suatu ketika semasa aku kerja di sebuah hospital daerah, ada seorang suami membawa isteri yang nak bersalin ke bilik bersalin. Si suami berseluar pendek, bertopi dan memakai rantai. Ala-ala hip-hop.

Si isteri pula memakai baju seolah-olah tak cukup benang. Takpe lah, mungkin si isteri tu terlalu sakit nak bersalin maka tak sempat pakai baju yang cukup syaratnya.

“Doktor! Isteri saya nak bersalin ni.” Ujar si suami tegas. Keadaan agak kelam kabut. “Takpe encik. Nanti saya periksa dulu berapa cm bukaan.” Balas aku.

“Eh doktor! Takde doktor pompuan ke?” Si suami panjangkan berbualan kami. Agak tegas. “Takde encik. Saya sorang saja oncall malam ni. Doktor pompuan tak bertugas malam ni. Hanya saya sorang.” Ujar aku sambil memakai sepasang glove. Siap sedia untuk jalankan tugas pemeriksaan.

“Mana boleh doktor lelaki periksa isteri saya. Doktor ni tak belajar agama ke? Kan aurat tu. Hospital kat Malaysia ni tak Islam sungguh gamaknya. Betul lah orang lain kata.” Si suami masih bertegas dan cuba menolak. Keadaan sedikit tegang. Bilik bersalin ketika itu juga agak sibuk. Kedengaran jeritan ibu-ibu lain yang tengah meneran.

“Saya pun doktor muslim. Saya memang tak alim sangat tapi tahu juga sikit pasal agama. Isteri encik kan nak bersalin. Dalam keadaan nak bersalin tu dah kira darurat. Lagipun saya sorang saja yang ada dan mampu sambut bersalin. Tambah pula isteri encik ada masalah darah tinggi. Misi tak boleh sambut.” Jawab aku sambil menoleh kearah misi-misi bilik bersalin.

NEGARA JE ISLAM

“Aduhhhh… Aduhhh… Sakit! Sakit!” Bunyi teriak si isteri dari bilik 2. Wajah pucat si suami terpancar.

“So takleh panggil doktor pompuan kat rumah ke, doktor.”

“Maaf encik. Tak boleh. Dia pun akan oncall esok. Takpe nanti saya suruh misi check jalan isteri encik dulu. Nanti nak bersalin terpaksa saya juga sebab isteri encik ada masalah.”

“Oklah. Nak buat macamana. Negara je Islam. Hospital KKM yang tak Islamik.”

“Takpe encik. Keadaan darurat membenarkan saya sambut kelahiran bagi wanita nak bersalin. Tiada lagi aurat.”

Setelah sejam setengah lamanya, akhirnya pesakit wanita itu dah 10cm. Akhirnya aku menyambut kelahiran anak lelaki mereka dengan selamat.

TAK TAHU AZAN SANGAT.

“Nah encik. Ni anak encik. Anak lelaki. Encik boleh azan di telinga anak ni. Sebelum ni eloklah encik tutup aurat encik tu sebab tadi encik cakap pasal aurat kan. Nah pakai kain sarung saya.” Ujar aku sambil hulurkan kain sarung kepada dia.

“Tapi doktor. Saya tak tahu sangat azan. Tak biasa. Boleh doktor azankan dan doa-doa skit.”

“Ok. Nanti saya tunjukan.”

“Terima kasih, doktor.”

Hai. Bukan main cakap aku tak belajar agama. Dia sendiri tak tutup aurat. Nak azan pun tak biasa katanya. Hmmm.

KESIMPULAN

Aku nak ceritakan sedikit tentang apa yang boleh kita belajar dan simpulkan dari cerita di atas berkenaan dengan isu aurat wanita ketika nak bersalin dengan doktor lelaki.

Aku ingin kongsikan satu Hadis Rasulullah SAW, “Bahawa Ummu Salamah (isteri Nabi SAW) telah meminta izin kepada Nabi SAW untuk rawatan bekam, maka Nabi SAW menyuruh Abu Toibah merawatnya.”

Berkata Jabir, “Aku kira bahawa Abu Toibah itu adalah saudara susuan Ummu Salamah atau budak kecil yang belum baligh.” (Hadis riwayat Muslim, no. 2206)

Para ulama bersependapat bahawa doktor lelaki di bolehkan untuk tujuan merawat mahupun menyambut kelahiran bagi wanita yang bukan mahram dalam keadaan darurat (terdesak). Hukumnya harus. Jika hanya doktor lelaki itu saja yang ada dan tiada doktor wanita yang mampu dalam kepakaran tersebut ketika itu.

Namun para ulama meletakkan beberapa garis panduan bagi membolehkan doktor lelaki untuk merawat pesakit wanita yang bukan mahram. Antaranya:

1. Pesakit wanita mestilah ditemani oleh mahramnya, suami, sahabatnya atau jururawat yang bertugas.

2. Disyaratkan tiada doktor wanita yang setaraf kepakaran, kemampuan atau ilmu doktor lelaki yang merawat.

3. Mengutamakan doktor muslim daripada doktor bukan muslim. Jika tiada juga maka tak mengapa.

4. Merawat pesakit wanita hanya pada tempat yang sakit atau kawasan aurat yang perlu dan mengikut kadarnya sahaja. Tidak lebih dari itu.

Semoga bermanfaat untuk semua.

Sumber –  My Islam Info. , Dr Ahmad Zakimi Abdullah (Dr Zek)

Sumber Katak Pisang

No comments