Bomba tanggalkan cincin tersekat pada kemaluan
MELAKA - Seorang lelaki Indonesia terpaksa menahan sakit beberapa jam selepas dua cincin besi yang dipakai pada kemaluannya tersekat sehingga menyebabkan bahagian tersebut membengkak.
Mangsa yang dikejarkan ke Hospital Melaka di sini bagaimanapun terpaksa menunggu bantuan pihak bomba selepas alat tersebut gagal ditanggalkan oleh pasukan perubatan.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Kubu, Timbalan Penguasa Bomba Kamarulzaman Mohd. Din berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 6.26 petang semalam dan seramai dua anggota serta dua pegawai terlibat dalam operasi tersebut.
"Setibanya di hospital, kita mendapati lelaki berusia lingkungan 30-an itu sedang menahan sakit kerana cincin besi yang dipakai di kemaluannya tersekat dan tidak dapat dikeluarkan.
"Pihak bomba menggunakan pemotong khas dinamakan 'Rescue Ring Cutter' bagi memotong dua cincin besi tersebut," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Lelaki itu kemudian diserahkan semula kepada pihak hospital untuk rawatan lanjut. - K! ONLINE

Post a Comment