Header Ads

Farah Nabilah Tak Takut Berlakon Dengan Aliff Aziz

Ramai yang sudah sedia maklum bahawa pelakon tinggi lampai, Aliff Aziz pernah terpalit dengan isu kontroversi yang menggemparkan industri hiburan tanah air tahun lalu.

Namun perkara itu tidak membuatkan pelakon baru, Farah Nabilah takut untuk berlakon dengan pelakon lelaki tersebut dalam drama yang sedang dalam proses penggambaran, Halalkan Hati Yang Ku Curi.

Farah atau lebih selesa dengan panggilan Fawa berkata, dia tidak takut bergandingan dengan Aliff dan mahu menjadi diri sendiri.

“Sejujurnya, saya tak takut bergandingan dengan Aliff. Saya hanya menjadi diri sendiri dan bersikap profesional. Isteri Aliff juga ada di set penggambaran,” kata Farah kepada Astro Gempak.

Tambahnya pelakon cantik ini lagi, dia hanya mengambil langkah berjaga-jaga dan sentiasa berfikiran positif.

“Saya tak takut berlakon bersama Aliff, tetapi sudah pasti saya mengambil langkah berjaga-jaga.

“Saya mahu jadi profesional dan berfikiran positif sahaja untuk melunaskan kerja. Alhamdulillah, setakat ini semuanya baik-baik sahaja,” katanya.

Dalam pada itu Fawa berkata, tidak salah untuk memberi peluang untuk dirinya dan Aliff menyerlahkan lagi bakat dalam lakonan walau Aliff pernah membuag silap sebelum ini.

“Mungkin dahulu dia ada buat silap tetapi sekarang mungkin dia sudah berubah? Siapa tahu? Berikan peluang untuk kami menyerlahkan bakat lakonan,” katanya lagi.

Sumber: Astro Gempak

The post Farah Nabilah Tak Takut Berlakon Dengan Aliff Aziz appeared first on Media Hiburan.

sumber Media Hiburan http://ift.tt/2C1cJ0O

No comments