Header Ads

Golongan Yang Dikasi Sebagai Penjaga Makam Rasulullah Selama 800 Tahun

Kita dah biasa dengar tentang lelaki khunsa dan ada yang popular bukan main sekarang ni, tapi kita tak biasa dengar mengenai golongan Eunuch yang juga dari kaum lelaki. Sebutannya adalah u.nik (keraskan sebutan ‘K’). Eunuk adalah lelaki yang dikembiri (dikasi) atau kata lainnya lelaki yang tidak mempunyai testis atau genitalia luaran, yang berlaku sama ada secara semula jadi atau pembedahan.

Hamba Sida-Sida sangat terkenal dalam sejarah dinasti-dinasti China. Gambar dari theculturetrip.com.

Pengkasian kanak-kanak lelaki dulunya berlaku di merata dunia dan sangat terkenal digunakan oleh dinasti-dinasti China, Afrika, India, Greek dan Byzantine. Proses yang merbahaya menyebabkan kebanyakan kanak-kanak yang dikasikan mati akibat pendarahan dan kecederaan teruk menjadikan harga hamba Eunuk lebih mahal berbanding hamba abdi lain. Terdapat permintaan yang tinggi untuk hamba-hamba Eunuk menyebabkan amalan ni diteruskan ribuan tahun di merata dunia.

Zaman dulu golongan ni sering dikaitkan dengan jawatan di istana yang dikenali sebagai sida atau sida-sida. Bagi peminat drama China dan Korea bertema zaman mahajara mesti akan perasan adanya watak sida-sida. Jadi, kali ni kami akan kongsikan cerita mengenai golongan sida-sida yang mungkin ramai tak tahu.

Persoalan asal usul sida-sida dalam empayar Islam masih tak terjawab walaupun peranannya jelas

Takde rekod yang tepat bilakah sida-sida dimasukkan ke dalam pentadbiran empayar Islam, ada  yang dakwa sida-sida dah ada sejak era Kerajaan Bani Umayyah lagi. Tapi, masih tak dianggap sebagai fakta dengan kebanyakkan kajian lebih cenderung mengatakan ianya bermula sekurang-kurangnya pada pemerintahan Bani Abbasiyyah, iaitu sejak tahun 750. 

Lakaran sida-sida Empayar Uthmaniyyah. Gambar dari World4u.eu

Sungguhpun Islam mengharamkan amalan kembiri, empayar-empayar Islam tetap gunakan sida-sida. Penggunaan sida-sida ditiru dari Empayar Byzantine yang dah lama jadi hamba Eunuk dari kalangan rakyat sendiri atau dibeli dari negara lain seperti Abyssinia atau Sudan. Sejak kerajaan Bani Abbasiyyah lantik sida-sida, kesemuanya bukan terdiri dari rakyat sendiri, sebaliknya dibeli dari negara luar seperti dari Balkan, Caucasus dan Afrika.

Sida-sida ditugaskan untuk jadi khadam di harem yang menempatkan isteri-isteri, dan para gundik sultan. Harem adalah rumah mewah yang dilarang untuk dimasuki semua lelaki (kecuali sultan) yang turut didiami ahli keluarga wanita sultan seperti emak, adik perempuan, dan anak perempuan.

Bagi menjaga keselamatan harem, perlu ada pengawal lelaki yang bertugas 24 jam, 7 hari seminggu. Jadi,  Penggunaan sida-sida di tempat privasi sultan memastikan tiada skandal di istana seperti yang selalu berlaku di istana-istana Eropah.

Susah nak cari lakaran harem yang senonoh sikit macam yang ni. Lakaran harem Uthmaniyyah pada abad ke-19. Gambar dari Wikipedia.

Peranan sida-sida dilihat tidak maskulin dan tak sesuai untuk jantan sejati sebab sida-sida adalah hamba suruhan yang kena; jaga pintu keluar masuk harem, jaga tempat akses kepada sultan, jadi pengerusi majlis, jaga perihal wanita istana dan jaga anak-anak kecil dalam istana. Peranan tu dalam masa sama beri peluang untuk diorang berdamping dengan sultan dan wanita istana hingga diberi kuasa untuk buat keputusan berkaitan pemerintahan. 

Kuasa sida-sida Empayar Uthmaniyyah pernah sebaris dengan kuasa pembesar negara

Walaupun Empayar Uthmaniyyah merupakan kesinambungan kesultanan Islam dari Dinasti Mamluk dan Abbasiyyah, menurut Profesor George Junneamalan menggunakan sida-sida dalam Empayar Uthmaniyyah ditiru dari Empayar Byzantine dan Empayar Saljuk yang diorang kalahkan. Menurutnya, Uthmaniyyah mula gunakan sida-sida selepas mengambil alih Istanbul pada tahun 1453.

Sida-sida pada zaman Empayar Uthmaniyyah dikenali sebagai “agha”  atau “aghawat” (kalau ramai) yang berasal dari perkataan Turki yang membawa gelaran kehormat seperti ‘ketua dan tuan’. Setiap sida-sida akan menggunakan gelaran agha pada nama masing-masing.

Kredit : soscili

from Kaki Trending http://ift.tt/2CjauWU

No comments