Yuna Bengang Fesyen Baju Kahwin Dikritik Ketinggalan Zaman
Sudah tiga minggu selebriti Yuna melangsungkan perkahwinan bersama cinta hatinya Adam Sinclair, namun sehingga hari ini beliau masih menjadi perhatian ramai.
Walaupun ramai yang memuji betapa eksklusifnya majlis perkahwinan pasangan ini, ada juga pihak mengkritik fesyen baju kahwin Yuna ketika majlis bertandang. Baju rekaan Hatta Dolmat itu dikatakan sudah ketinggalan zaman.
Menurut pemilik akaun @i_knowfashion, rekaan itu sudah terlalu biasa bagi pengantin berhijab dan tidak mempunyai ciri-ciri eksklusif yang sesuai dengan imej Yuna sebagai penyanyi antarabangsa.
Bengang dengan ulasan negatif tersebut, Yuna membalas kritikan itu menerusi ruangan komen. Yuna menganggap individu terbabit tidak berhak memberikan sebarang komen meghina rekaan Hatta kerana pereka fesyen itu sudah memberikan yang terbaik untuk menghasilkan busana perkahwinannya.
Semua orang mempunyai hak untuk menyuarakan pendapat mereka. Mungkin sahaja ia bukan satu penghinaan buat pereka fesyen baju perkahwinan Yuna tetapi cuma teguran untuk beliau menghasilkan sesuatu yang lebih gempak pada masa depan. Apa komen korang?
Sumber Viral Purba http://ift.tt/2C3Pd3r

Post a Comment