Adakah ini Pengundi Paling Tua di Malaysia? Lelaki Berumur 150 Tahun dikesan Daftar Undi di Sarawak
SPR diminta beri 'pencerahan' isu pengundi berusia 150 tahun
MIRI: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) diminta memberi pencerahan berhubung isu pengundi berusia 150 tahun, yang dikatakan berdaftar di Sarawak dan dari daerah mengundi Krokop, di sini. Pengerusi Parti Rakyat Bersatu (UPP) Cawangan Pujut, Bruce Chai berkata walaupun beliau percaya isu tersebut mungkin disebabkan masalah teknikal, namun pihak SPR perlu tampil dengan kenyataan rasmi mengenainya, bagi mengelak isu tersebut dipolitikkan oleh pihak tidak bertanggungjawab.
"Saya percaya tarikh lahir pengundi berkenaan, Mohd Said bin Mohd Arshad ialah 1986 dan bukannya 1886. "Bagaimanapun, bila kita membuat semakan menggunakan kad pengenalan beliau, dalam Daftar Pemilih SPR, ia wujud dalam sistem dengan tarikh lahir direkodkan pada 1886," katanya.
"Justeru UPP Pujut akan menulis segera kepada pihak SPR untuk memohon pencerahan bagi perkara ini dan kita mahu SPR mengesahkan adakah ia benar seperti direkodkan dalam sistem (bahawa Mohd Said lahir pada 1886) atau ia adalah masalah teknikal dalam sistem daftar tersebut," jelas Bruce lagi.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pujut, Dr Ting Tiong Choon, dalam sidang media di sini pada Sabtu lalu, turut mempersoalkan perkara berkenaan dan meminta pihak berkaitan untuk membuat kenyataan rasmi bagi memaklumkan perkara sebenar. Menurut Dr Ting, beliau sudah merujuk perkara tersebut kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di sini dan difahamkan bahawa pengundi berkenaan 'wujud' dan masih hidup.
"Saya juga dimaklumkan bahawa beliau tidak mempunyai sijil lahir yang sah dan nombor kad pengenalan yang tertulis nama beliau itu pula muncul secara automatik dalam komputer."Justeru saya ingin bertanya kepada pihak SPR, bagaimana seseorang yang tiada kad pengenalan dan sijil lahir yang sah, boleh ada nama dalam Daftar Pemilih SPR?," Dr Ting mempersoalkan perkara tersebut.
Mohd Said yang dikatakan memegang kad pengenalan 680101-13-00XX dan lahir pada 1 Januari 1886 adalah pengundi di daerah mengundi Krokop yang terletak di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pujut dan Parlimen Miri.
2018-03-26
oleh Clare Cinderella
sumber utusan borneo

Post a Comment