Header Ads

BERTUAHNYA.... Menantu Ajar Dato Siti Cara Nak Menyusu Siti Aafiyah

Bukan mudah untuk menjadi seorang ibu, terlalu banyak pengorbanan yang perlu dilakukan sepanjang membesarkan anak-anak. Namun, sudah menjadi perkara biasa bagi ibu yang selepas bersalin untuk melalui proses berpantang, tidak terkecuali Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Penyanyi tersohor negara itu cukup bertuah apabila mendapat khidmat penjagaan daripada Natalis Mother Care serta turut dijaga oleh ibu, Siti Salmah Bachik dan ibu mertuanya, Siti Zainab Hanaffi.
Tambah Siti, antara cabaran utamanya selepas melahirkan puteri sulung kesayangan iaitu Siti Aafiyah adalah menyusukan badan.
Walau bagaimanapun, beliau bersyukur kerana menantunya, Tya Ariffin banyak menolong dalam menguruskan soal penyusuan dengan mengajar cara yang betul untuk menyusukan bayi.
Isteri kepada Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa itu selamat melahirkan bayi perempuan dengan berat 3.55 kilogram (kg) secara pembedahan, kira-kira jam 8.17 pagi di sebuah pusat perubatan swasta pada 19 Mac lalu.
Bayi itu kemudian dinamakan sebagai Siti Aafiyah sekali gus menggantikan nama gelaran Fatimah Az-Zahra sepanjang seminggu tempoh kelahirannya.
Sumber : Sinar Harian
via ohmymedia.cc

No comments