Header Ads

 ‘Kalau Dulu Orang Perang Tegakkan Tanah Air, Sekarang Tegakkan Artis’- Sharifah Shahirah

Sekarang ini semuanya zaman teknologi, segala maklumat berada di hujung jari sahaja. Kalau nak tahu perkembangan seseorang pun boleh ‘check’ sahaja laman media sosial mereka.

Dahsyat kan zaman sekarang? Mungkin sebab itu ramai MH lihat artis-artis ada yang ‘culture shock’ bila berhadapan dengan situasi melibatkan netizen ini. Mana taknya, tiba-tiba kena kecam, siapa tak terkejut kan?

Bila jadi macam ini, memang akan timbul lah isu-isu artis sombong, tidak mahu layan peminat malah ada juga yang ‘sombong’ sesama artis ini.

Dalam pada itu, pelakon dan pelawak, Sharifah Shahirah ada memberikan buah pandangannya mengenai perkara tersebut.

“Artis sekarang bukanlah macam dulu, mereka masih hormat cuma setakat salam dan kemudian buat hal sendiri. Nak bual mesra jauh sangat.

“Sedangkan masa ‘zaman Allahyarham Mustapha Maarof’ dahulu, beliau sendiri yang akan ajak artis baru bersembang tapi saya lihat artis sekarang tak nampak sebab mereka duduk dalam kereta,” katanya kepada Media Hiburan.

Bagaimanapun, tambahnya lagi, dia tidak menyalahkan para pendatang baru tersebut memandangkan zaman kini sudah berubah.

“Saya tak salahkan mereka sebab faham kenapa mereka jadi macam itu. Tengok para peminat sekarang pun yang makin fanatik. Terlampau obses dengan artis kesayangan mereka.

“Kalau dulu orang perang nak tegakkan tanah air, tapi sekarang saya lihat peminat berperang sebab nak tegakkan artis masing-masing,” ujarnya lagi.

Pada MH, ada betul juga apa yang Shiera katakan itu memandangkan dia orang lama kan? Mungkin netizen boleh ambil nasihatnya itu dan jadikan pengajaran.

The post  ‘Kalau Dulu Orang Perang Tegakkan Tanah Air, Sekarang Tegakkan Artis’- Sharifah Shahirah appeared first on Media Hiburan.

sumber Media Hiburan http://ift.tt/2oNuhV0

No comments