Header Ads

"Markah Itu Periuk Nasi Saya!" - Guru Kecewa Markah Prestasi Jatuh Tanpa Sebab

Sebagai seorang pekerja, antara perkara dinantikan setiap tahun selain bonus dan insentif lain adalah markah penilaian prestasi tahunan kerana ia menjadi penunjuk aras seseorang itu mempunyai prestasi baik ataupun tidak pada tahun berkenaan.

Jadi, tidak hairanlah seorang guru melahirkan rasa kecewa di Facebooknya apabila markah prestasinya jatuh merundum berbanding tahun sebelumnya iaitu daripada 92.92 peratus kepada 81.98 peratus.

Markah tersebut menunjukkan seolah-olah guru itu tidak menjalankan tugas dengan baik. Walhal, menurutnya dia telah menjalankan tugas dengan sebaiknya, bahkan lebih baik daripada tahun-tahun sebelumnya.

Guru tersebut turut merasa sedih dan marah dengan pihak pentadbiran sekolahnya kerana diberikan markah sebegitu, sekali gus membuat dia berasa bagai seorang yang tertindas.

Para netizen juga merasakan perkara tersebut adalah tidak adil untuk guru tersebut kerana walaupun seseorang pekerja itu bermasalah, perkara pertama yang harus dibuat adalah seorang ketua perlu menegur dan menasihati supaya individu terbabit berubah. Setelah itu, barulah diberikan markah prestasi sewajarnya.

Foto: FB

Perkara ini mungkin sensitif untuk diperkatakan dengan lanjut kerana melibatkan banyak pihak, tetapi sebagai seorang ketua dan juga pekerja, seseorang itu perlulah bertanggungjawab dan sentiasa bersikap adil dalam apa jua keadaan. - CARI

No comments