Header Ads

Muatnaik gambar bersama Izreen di Instagram, Sheila Rusly habis diugut netizen

Nampak gayanya api kebencian terhadap pelakon Izreen Azminda masih belum reda lagi. Meskipun pelakon itu telah pun menutup akaun Instagramnya sejak 2 Mac, perasaan benci kepadanya masih lagi boleh dilihat membara di kalangan netizen.
Setelah lama tidak muncul di dalam mana-mana rancangan hiburan, Izreen akhirnya muncul di dalam program Ketuk Ketuk Ramadan setelah beliau dijemput oleh Shiela Rusly sebagai tetamu jemputan. Shiela Rusly kemudiannya telah berkongsi gambar beliau bersama-sama dengan Izreen ke dalam laman Instagramnya.
“Tersenyum tertawa di luar. Terguris terluka di dalam. Tak perlulah kita mengeruhkan lagi keadaan. Simpati tapi jangan hukum sampai mati.
“Kita doa yang baik-baik Insya-allah semuanya akan baik. Stay positive korang,” tulis Sheila pada kapsyen gambar tersebut.
Perkongsian Shiela itu nampak gayanya telah membuat sebahagian besar pengikut beliau di Instagram berasa marah dengan keputusan pengacara program masakan itu menjemput Izreen sebagai tetamu jemputan.
Rata-rata mereka meluahkan perasaan kecewa mereka dengan tindakan Shiela Rusly itu. Tidak kurang pula yang mengugut untuk memboikot dan meminta penonton yang lain supaya memboikot sekali episod Ketuk-ketuk Ramadan itu sebagai tanda protes mereka.
Kontroversi yang melanda Izreen bermula setelah rumahtangga suaminya iaitu Muhammad Radzi Abdul Wahid atau Ude dengan madunya, Intan Liana Saleh dikatakan bergolak sejak hujung tahun lepas. Pasangan itu telh hadir di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur bagi proses lafaz cerai pada 28 Februari lalu.
sumber : ohmymedia.cc

No comments