‘ Pagpag’ Hidangan Popular Di Filipina Yang Dihasilkan Dari ” Sampah” Lebihan Sisa Ayam!
Hidup dalam keadaan daif memaksa diri bertindak melakukan apa sahaja untuk terus hidup, walaupun perkara diluar jangkaan. Itulah yang sedang dihadapi segelintir golongan miskin di Manila, Filipina apabila terpaksa mengutip lebihan sisa ayam daripada sampah untuk dijadikan makanan semula.
Umumnya, lebihan sisa ayam ini diperolehi daripada sampah yang terdapat di restoran segera. Sisa ayam ini akan diproses dan dimasak semula untuk dimakan. Makanan ini dipanggil ‘PagPag’ iaitu istilah Tagalog untuk makanan yang dihasilkan daripada sampah ini.
PagPag bukan sahaja sisa ayam daripada sampah, malah boleh jadi daging beku yang sudah tamat tempoh,ikan atau sayur-sayuran yang dibuang oleh pasaraya.
Cara penyediaan PagPag, lebihan sisa makanan itu tadi akan dibersihkan dan diasing dengan mengambil hanya isi ayam sahaja. Kemudian ia akan digoreng semula dengan minyak panas, sebelum sedia untuk dimakan.
Di perkampungan yang daif, PagPag akan dijual semula kepada golongan miskin yang lain. Ini bermakna PagPag juga dijadikan sebagai sumber pendapatan oleh golongan miskin di sana.
DEMI kelangsungan hidup, rakyat miskin di Filipina terpaksa menjadikan ‘ayam sampah’ sebagai menu harian mereka.
Golongan miskin ini, akan menggeledah tempat pembuangan sampah untuk mendapatkan pagpag, dalam pada itu ada juga yang pergi sendiri ke restoran segera untuk memungut hasil buangan itu.
Menerusi perkongsian sebuah video dokumentari yang memaparkan mengenai kisah ini, penduduk di kawasan Tando, ada diantaranya menjadikan menu hidangan ini sebagai bahan jualan mereka.
“Saya dahulu menjual buah…tetapi kini saya menjual pagpag, kerana ia sememangnya laku,” kata seorang pengusaha wanita pagpag ketika ditemubual.
Katanya, sisa ayam yang mereka ambil itu, dibersihkan dahulu sebelum dimasak semula.
“Saya menjualnya dalam pelbagai saiz, dari harga 20peso (RM1.81) sehingga 50peso (RM4.53), kadang-kadang ada jiran yang minta diskaun, mereka susah termasuklah saya,” katanya yang mendapat keuntungan dalam 200peso (RM18.12) dalam sehari.
Dalam pada itu, menurut seorang wanita berkata, dia terpaksa makan pagpag kerana dia tidak mempunyai cukup wang untuk membeli hidangan makanan yang lain.
“Kami tidak mempunyai cukup wang untuk membeli makanan lain,” ujarnya.
ISU KEBERSIHAN JADI PERSOALAN.
Ada segelintir masyarakat yang mempersoalkan mengenai tahap kebersihan hidangan ini, namun menurut seorang wanita yang lazim menjadikan pagpag sebagai hidangan harian keluarga mereka, masalah kebersihan tidak timbul.
“Jika kamu tahu masak pagpag ini, kamu tidak akan ditimpa penyakit,” katanya yang memberitahu bahawa ayam itu sebelum dimasak perlulah direbus dan dibersihkan terlebih dahulu.
Pagpag selalunya akan dimasak bersamanya, kicap,sos, cuka dan garam serta sedikit sayur.
Sehubungan itu, Suruhanjaya Anti Kemiskinan Antarabangsa (NAPC) telah mengeluarkan amaran terhadap makanan PagPag yang dikatakan mengandungi toksin dan racun yang merbahaya untuk kesihatan.
Namun, amaran itu tidak diendahkan oleh penjual PagPag dengan menafikan masih belum ada lagi orang yang meninggal dunia disebabkan makan makanan tersebut.
Sumber – Sinar Harian, The Vocket
Sumber Katak Pisang

Post a Comment