Rezeki Selepas putus tunang, lagu Di Matamu ‘trending’, kini Sufian Suhami dapat tawaran sambung PhD
Kisah sedih yang melanda Sufian Suhaimi berhubung isu putus tunang dengan aktres Elfira Loy baru-baru ini menjadi bualan hangat masyarakat. Walau bagaimanapun, kedua-dua mereka kini telah move on dan menjalani kehidupan masing-masing sebagai seorang selebriti.
Disebalik isu tersebut, rezeki Sufian kini semakin berkembang apabila beliau mendapat tawaran biasiswa untuk melanjutkan pelajaran ke perringat tertinggi iaitu Doktor Falsafah (PhD).

Beberapa buah universiti awam dan swasta telah menawarkan kepada penyanyi itu untuk melanjutkan pengajian sejurus beliau menyelesaikan Ijazah Sarjananya dalam bidang Komunikasi Massa di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam.

Namun, penyanyi berusia 26 tahun itu ingin fokus kepada kariernya terlebih dahulu sebagai anak seni dan terpaksa melupakan hasrat untuk menyambung pengajiannya buat masa ini.
Tambahnya, jadualnya kini padat dengan pelbagai aktiviti seni dan bimbang sekiranya dia tidak dapat membahagikan masa dengan baik.

Penyanyi yang terkenal degan lagu Di Matamu mengakui bahawa PhD bukanlah sesuatu yang mudah dan beliau perlu memberi komitmen sepenuhnya dalam pelajaran. Walau bagaiamanapun, beliau tetap akan menyambung pengajiannya itu suatu hari nanti.

Post a Comment