“Semoga Allah kurniakan kesihatan…” – Mufti Wilayah Persekutuan melawat Bob Lokman
Bekas pelakon dan penulis lirik, Bob Lokman berkongsi keadaan tahap kesihatannya yang semakin menurun sejak kebelakangan ini menerusi akaun Facebooknya, dua hari lalu.
Berikutan berita itu, Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri telah mengadakan kunjungan untuk melawat Bob di kediamannya di Sungai Buloh, pagi tadi.

Menurut Zulkifli, walaupun dalam waktu suntuk serta jadual yang padat, mereka sempat menziarahi Bob dan penulis lirik lagu Taman Rashidah Utama itu juga turut menggagahkan diri menyambut mereka serta berbual berkenaan keluarga Tok Kenali, ulama tersohor Kelantan.

Menerusi perkongsian di laman web Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP), Zulkifli berkata Bob pernah mengunjungi pihaknya beberapa tahun lalu.
Menerusi laporan akhbar ini semalam, Bob atau Mohd Hakim Lokman, 54, berkongsi tahap kesihatan dirinya semakin menurun akibat penyakit jantung dialami.
Sumber : Harian Metro
sumber : ohmymedia.cc

Post a Comment