Siti Nurhaliza perkenalkan Siti Aafiyah, nama ringkas dan mudah diingati dalam doa
Akhirnya teka-teki telah terjawab apabila penyanyi tersohor negara Datuk Seri Siti Nurhaliza dan suami, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa telah mengumumkan nama penuh puteri kesayangan mereka, Siti Aafiyah binti Khalid setelah genap usianya tujuh hari.
Siti Aafiyah dipilih kerana nama itu cukup indah daripada segi maknanya yang membawa maksud ‘menyelamatkan daripada sebarang kesusahan yang menimpa, menjadi sihat dan mempunyai wang yang cukup’.

Nama tersebut dipilih ketika Siti menunaikan umrah tahun lepas dan sering mendengar doa berkenaan. Pilihan nama itu juga adalah bersempena doa yang diajarkan Nabi Muhammad SAW kepada bapa saudaranya, Al Abbas.
Tambah penyanyi Si Comel Pipi Merah itu, nama Siti Aafiyah adalah lebih ringkas, indah dan mudah diingati dalam setiap doa.

Akhirnya masa yang dinantikan telah terjawab apabila Siti dan suami telah memperkenalkan anak mereka kepada peminat yang tertunggu-tunggu selama ini. Sebelum ini bayi comel itu diberi gelaran Fatimah Az-Zahra bersempena dengan nama anak Rasulullah.

Bersempena hari ketujuh kelahiran anak pasangan itu, Siti telah mengadakan majlis tahnik, cukur jambul dan aqiqah di kediamannya, Bukit Antarabangsa malam tadi yang telah disempurnakan oleh Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Dzulkifli al-Bakri.

Post a Comment