Header Ads

Siti Nurhaliza selamat lahir bayi perempuan selepas 18 tahun menanti

Datuk Seri Siti Nurhaliza telah selamat melahirkan bayi perempuan dengan berat 3.55 kilogram dan kedua-dua mereka berada dalam keadaan sihat dan baik.
Siti juga telah memuat naik sebuah gambar di Instagram dengan kapsyen yang menyentuh jiwa.
Penghibur kesayangan ramai yang berusia 39 tahun itu telah selamat melahirkan bayi perempuan dengan berat 3.55 kilogram jam 8.17 pagi di sebuah hospital swasta di ibu negara pagi tadi.
Siti yang melahirkan bayi sulungnya itu secara pembedahan (caesar) berada dalam keadaan baik dan selamat.
Tambahnya, beliau ingin berehat dan menumpukan sepenuh perhatian kepada kesihatan dan bayinya sebagai permulaan bergelar seorang ibu.
Pada akhir tahun 2015 Siti pernah mengalami keguguran ketika usia kandungannya berusia dua bulan.
Namun, kehamilan beliau kali ini telah berjaya selepas melakukan rawatan kesuburan di sebuah pusat perubatan swasta.
Apa-apa pun tahniah kepada Siti dan keluarga. Selamat berpantang, Tok Ti
sumber : ohmymedia.cc

No comments