Header Ads

Suka Beli Barang Online?,Pastikan Peniaga Itu Berdaftar Dengan SSM BizTrust Dahulu Untuk Elakkan Jadi Mangsa Tipu Atau Scammer

Dunia kini membuatkan anda tidak lagi perlu ke sesuatu tempat untuk membeli barang, dengan hanya dihujung jari, barang yang dibeli akan dihantar hingga dapat kepada anda di depan pintu rumah.
Namun sudah ramai pembeli atau pelanggan pernah tertipu apabila membeli barangan melalui atas talian, ini menyebabkan ramai serik untuk membeli belah dengan cara ini kerasa risau akan ditipu lagi.
Jadi, kepada peniaga jujur yang rasa terjejas akibat sikap segelintir 'seller' yang tidak bertanggungjawab ini, ada cara terbaru untuk anda menarik kembali keyakinan pembeli terhadap khidmat yang ditawarkan anda, caranya mudah dengan memohon pensijilan digital ‘SSM BizTrust’ yang dihasilkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK)
Tujuan SSM Biztrust ini diwujudkan adalah untuk meminimakan kes-kes penipuan yang sering berlaku kini di mana peniaga jujur yang berdaftar akan tertera logo SSM BizTrust yang akan dipaparkan dalam mana-mana laman web perniagaan yang berdaftar di bawah SSM.
Logo itu berfungsi sebagai pengesahan maklumat serta kewujudan syarikat-syarikat perniagaan yang sudah berdaftar dan satu syarikat hanya diberi satu capaian logo bagi mengelakkan pemalsuan.
Apa itu sebenarnya SSM BizTrust
SSM BizTrust ini adalah bertujuan untuk mengekang aktiviti penipuan yang dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dengan menawarkan produk atau perkhidmatan secara dalam talian dengan matlamat untuk menipu para pengguna.
SSM BizTrust adalah satu piawaian yang boleh diaplikasikan oleh entiti perniagaan secara dalam talian kerana pensijilan digital itu diperakui dapat melin¬dungi keselamatan dan maklumat syarikat perniagaan.
Paparan logo SSM BizTrust dapat meningkatkan keyakinan pengguna yang berurusan dengan peniaga-peniaga dalam talian dan penawaran sistem ini secara tidak langsung dapat mengurangkan kes-kes penipuan melibatkan transaksi perbankan.
Untuk pendaftaran SSM BizTrust, peniaga boleh meningkatkan perlindungan perniagaan melalui tiga fasa iaitu yang pertama hanya melibatkan pendaftaran dan keselamatan atau pendaftaran dan privasi dalam fasa kedua.
Bagi fasa ketiga pula, peniaga boleh melindungi perniagaan mereka secara menyeluruh melalui pendaftaran, keselamatan dan privasi. Fasa ini khusus untuk perniagaan tahap tinggi.
Mana-mana peniaga yang cuba me¬lakukan penipuan dengan memalsukan logo SSM BizTrust akan dikenakan tindakan undang-undang termasuk lesen perniagaan dibatalkan dan disenarai hitam untuk tempoh tertentu.
sumber : siakapkeli

No comments