Header Ads

Wanita Mendakwa Dirinya Bukan Beragama Islam Tetapi Penganut Buddha Mahu Diisytiharkan Bukan Muslim!

Kuala Lumpur: Seorang wanita yang berasal dari Selangor mendakwa dirinya sebagai seorang penganut agama Buddha dan bukannya beragama Islam mahu pihak mahkamah mengisytiharkan dirinya sebagai bukan Muslim sepertimana yang dilaporkan oleh The Malay Mail Online.

Rosliza Ibrahim, 37 tahun, dengan bantuan peguamnya, Aston Paiva, telah membawa permohonan beliau untuk diisytiharkan sebagai bukan Islam ke Mahkamah Rayuan dua hari yang lalu.

“Wanita ini dilahirkan sebagai seorang penganut Buddha oleh ibunya, beliau terus mengamalkan ajaran Buddha sehingga ke hari ini dan mahu meneruskan kehidupan beliau sebagai seorang penganut ajaran Buddha secara aman di Malaysia,” kata Aston Paiva dalam penerangannya.

Rosliza turut mendakwa bahawa Undang-Undang Islam Negeri Selangor dan bidang kuasa Mahkamah Syariah tidak terpakai ke atasnya kerana beliau bukan seorang penganut agama Islam dan tidak pernah mengamalkan mana-mana ajaran Islam.

Pada masa yang sama, beliau juga menyatakan bahawa beliau dilahirkan sebagai anak luar nikah dimana ibunya yang beragama Buddha dan bapanya yang beragama Islam tidak pernah berkahwin mahupun mendaftarkan perkahwinan mereka di mana-mana pejabat pihak berkuasa agama termasuk di sepuluh buah negeri selain Selangor.

Bagaimanapun, Mahkamah Tinggi pada tahun 2017 membuat penghakiman bahawa kedua-dua ibubapa beliau mungkin telah bernikah tetapi tidak mendaftarkan pernikahan mereka. Dalam penghakiman yang sama turut dinyatakan bahawa menurut Seksyen 61(3)(b)(x) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003,

Bidang kuasa Mahkamah Tinggi Syariah Negeri Selangor boleh mendengar dan memutuskan perkara-perkara membabitkan orang-orang Islam jika ia bersabitan pengisytiharan bahawa seseorang itu bukan lagi orang Islam.

Aston Paiva, peguam Rosliza Ibrahim sebelum ini terlibat dengan kes Indira Gandhi membabitkan penukaran agama anak secara unilateral dan beliau juga pernah mendakwa dalam sebuah forum anjuran kumpulan G25 baru-baru ini bahawa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sebagai tidak berperlembagaan.

Mahkamah arah pendengaran wanita mahu pengisytiharan ‘bukan Islam’

Mahkamah Rayuan mengarahkan pendengaran dibuat dalam kes Rosliza Ibrahim yang mahukan pengisytiharan bahawa dia tidak tertakluk bawah undang-undang Islam.

Dalam keputusan sebulat suara hari ini, mahkamah memutuskan kes itu akan diremit semula kepada Mahkamah Tinggi Shah Alam untuk didengar oleh hakim berbeza.

Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Abang Iskandar Abang Hashim yang mempengerusikan panel tiga anggota berkata fakta kes semata-mata tidak boleh menjadi alasan kepada Mahkamah Tinggi untuk menolak kes itu.

Rosliza, 35, mendakwa menjadi anak luar nikah kepada bapa yang beragama Islam dan ibu beragama Buddha.

Dia berkata dibesarkan sebagai seorang Buddha oleh ibunya manakala bapa kandungnya tidak memberi perhatian kepada kebajikannya.

Dia memohon pengisytiharan tidak tertakluk kepada undang-undang syariah dan bidang kuasa Mahkamah Syariah.

Sumber – Sumber Ilhamku

Sumber Katak Pisang

No comments