Ahli Kumpulan Blues Gang, Jim Madasamy Dilapor Meninggal Dunia
Dunia hiburan kini bersedih lagi lagi apabila pemain gitar bagi posisi bass kumpulan legenda Blues Gang, Jim Madasamy, 68, dilaporkan sudah meninggal dunia pada pagi Isnin, 16 April.
Memetik Harian Metro, pemergian mengejut ahli kumpulan berkenaan nyata mengejutkan vokalis kumpulan terbabit, Ito yang difahamkan, Jim terjatuh sewaktu menunggang basikal berhampiran kediamannya di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur.
“Setiap pagi, dia (Jim) akan kayuh basikal yang menjadi rutin sehariannya. Buat masa ini, saya belum ada maklumat terperinci mengenai kejadian sebenar.
“Saya akan menghadiri upacara pengebumian Jim di Johor Bahru,” katanya.
Sementara itu, Ito turut memberitahu dia ada berjumpa mendiang Disember lalu ketika melakukan persembahan amal buat rakannya itu.
Ito pada masa sama turut mendedahkan, Jim sudah setahun tidak bermain gitar kerana ada mengalami masalah ingatan.
Terdahulu, Blues Gang yang ditubuhkan lewat 1970-an lalu popular menerusi lagu Apo Nak Di Kato dan sepanjang penglibatannya dalam industri, kumpulan ini telah pun menghasilkan sembilan buah album, temasuk album kompilasi.
Selain Ito dan Jim, Blues Gang turut dianggotai Julian Mokhtar sebagai gitar utama, Ghani Datuk Abu Talib (gitar kedua/keyboard) dan Shaik Karim (pemain dram).
Foto: Sumber Google
The post Ahli Kumpulan Blues Gang, Jim Madasamy Dilapor Meninggal Dunia appeared first on Media Hiburan.
sumber Media Hiburan https://ift.tt/2vhdTTy

Post a Comment