Header Ads

“Buli Siber Banyak Beri Depresi dan Impak Negatif Dalam Masyarakat,”- Neelofa Bidas ‘Geng Bawang’

Para selebriti tempatan mengambil pendekatan tersendiri dengan bergabung bagi menjayakan kempen ‘Akhiri Buli Siber dan Penyebaran Maklumat Palsu’ menerusi media sosial.

Neelofa, mewakil selebriti terlibat mengakui kempen tersebut digerakkan bagi memberi kesedaran kepada masyarakat tentang impak penyebaran berita palsu yang semakin berleluasa.

Akuinya lagi, objektif projek yang mengambil tema ‘Sebar Fakta Bukan Dusta dan ‘Aku Bersamamu’ ini turut bertujuan menyebarkan maklumat kepada pengguna laman sosial dalam mempertahankan diri mereka sekiranya menjadi mangsa buli di platform media sosial.

“Saya harap kempen ini akan menjadi viral dan boleh disebarkan secara besar-besaran. Misinya adalah untuk mengajar dan mencipta kesedaran baru kepada netizen supaya tidak menggunakan kuasa media sosial untuk mengecam orang lain.

“Bukan hanya terhadap selebriti, tetapi juga kepada sesiapa sahaja. Kita akan cuba untuk beri fokus terhadap setiap perincian di dalam kempen berkenaan memandangkan buli siber banyak beri depresi dan impak negatif di dalam masyarakat. Misalnya penggunaan bahasa yang kasar dan sebagainya” kata Lofa kepada MH.

Pada masa sama, usahawan terkenal ini juga turut berharap agar masalah sosial ini dapat disekat daripada terus menular di kalangan pengguna media sosial.

“Harap kita semua boleh hentikan semua ini. Paling tidak pun, semoga masalah ini dapat dikurangkan,” kongsi Lofa.

Terdahulu, antara artis yang turut hadir menyokong kempen tersebut ialah Nora Danish, Awal Ashaari dan isteri, Maya Karin, Joe Flizzow, Kavita Sidhu, Caprice, Adibah Nor, Afdlin Shauki, Shahrol Shiro dan Atilia.

Foto: Instagram Neelofa

The post “Buli Siber Banyak Beri Depresi dan Impak Negatif Dalam Masyarakat,”- Neelofa Bidas ‘Geng Bawang’ appeared first on Media Hiburan.

sumber Media Hiburan https://ift.tt/2EV8zob

No comments