Header Ads

Gempar! Bagasi warga emas bawa ‘bom’ kecohkan lapangan terbang.

PIHAK polis dipanggil ke sebuah lapangan terbang selepas penumpang panik melihat nota pelik di sisi sebuah bagasi pakaian.

Bagasi berwarna hitam itu berada di karusel pengambilan beg ketika orang awam terlihat nota tulisan tangan tersebut sebelum dan memaklumkannya kepada pihak keselamatan.

Nota itu, yang ditulis di bawah nama seorang penumpang, berkata: “Bom ke Brisbane”.

Polis dipanggil ke tempat kejadian dan mengepung bahagian Lapangan Terbang Brisbane sebelum meminta orang ramai keluar dari kawasan itu.

Dipercayai, pemilik beg tersebut, Venkata Lakshmi, 65, ingin menulis ‘Bombay’ iaitu nama lama bagi Mumbai di India.

Anak perempuannya, Devi Jothiraj memberitahu Yahoo7 News: “Dia (ibunya) dipanggil masuk ke sebuah bilik untuk disoal siasat.

“Mereka minta dia buka beg itu dan bertanya kenapa dia tulis ‘bomb’ dan ibu menjawab ia adalah Bombay.”

Pihak polis memeriksa bagasi itu dan mengesahkan ia tidak mencurigakan.

Seorang penumpang memberitahu Yahoo News bahawa dia terkejut kerana beg tersebut melepasi pihak keselamatan.

“Saya tak tahu apa perlu dibuat tapi sejujurnya, saya fikir ia adalah gurauan tapi saya nampak pegawai polis tiba sebelum menyedari ia menjadi lebih serius.

“Sungguh musykil bagaimana ia boleh sampai ke sini. Anda perlu jadi berani untuk melakukannya.”

Jurucakap polis persekutuan Australia berkata kepada News18: “Polis memberikan maklum balas kepada laporan berkaitan bagasi yang mencurigakan di Lapangan Terbang Antarabangsa Brisbane pagi Rabu.

“Kawasan berhampiran karusel beg itu dikepung dan barang tersebut diperiksa mengikut protokol rutin dan didapati ia tidak mencurigakan.”

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! KK

Sumber: Mstar

sumber: kepohkuat

No comments