Ini mungkin alternatif terbaik kepada Grab, selepas perginya Uber
Perginya tidak kembali. Begitulah nasib syarikat e-hailing antarabangsa Uber setelah syarikat itu menjual kesemua sahamnya kepada pesaingnya, Grab pada awal bulan ini.
Selain daripada pemandu Uber, para pengguna turut meluahkan perasaan khuatir mereka berikutan berita ini. Rata-rata mereka berasa risau sekiranya terdapat peningkatan dalam kadar tambang yang dikenakan oleh Grab terhadap penumpang mereka.
Semua ini berpunca daripada monopoli perniagaan kerana tiada lagi persaingan yang mampu memberikan check and balance kepada industri e-hailing tempatan.
Walau bagaimanapun, ramai yang tidak tahu bahawa sebenarnya terdapat third force yang menawarkan alternatif kepada para penumpang di Malaysia.
ohmymedia
ohmymedia
Dikenali sebagai MyCar, syarikat ini menggelarkan diri mereka sebagai angkatan ketiga syarikat e-hailing di dalam Malaysia. Seperti pesaing mereka, Uber dan Grab, aplikasi MyCar ini membolehkan pengguna menghantar mesej kepada pemandu mereka sebelum menempah kenderaan.
Aplikasi yang sudah pun live semenjak 1 Februari 2018 ini boleh dimuat turun oleh kedua-dua pengguna iOS dan Android. Para pengguna boleh mendaftar dengan memasukkan butiran seperti nama, nombor telefon dan alamat emel sahaja.
Walau bagaimanapun, buat masa ini, MyCar hanya menerima tunai sebagai cara pembayaran. Pilihan kenderaan yang ditawarkan adalah MyCar Economy, MyCar Premium, MyCar MPV Compact, MyCar MPV Premium dan MyCar Cab.
Daripada segi tambang pula, tambang minima yang dikenakan di dalam kawasan sekitar Lembah Klang adalah RM5, manakala untuk negeri-negeri lain pula, caj minima yang dikenakan adalam RM4 untuk 5KM yang pertama. Bagi tambang ke KLIA pula, ianya ditetapkan pada RM59.
Menurut MyCar, setakat ini mereka mempunyai seramai 10,000 orang pemandu dengan 10% daripada mereka adalah pemandu wanita.
Daripada segi komisyen pula, MyCar akan mengambil sebanyak 12-15% daripada jumlah tambang. Bagi perjalanan ke KLIA, komisyen yang dikenakan adalah sebanyak 12% sahaja.

Post a Comment