Header Ads

'Kantoi' Hina Pelajar Autisme, Dua Guru Di Amerika Dipecat

Dua orang guru berasal dari Louisana, Amerika Syarikat dipecat berikutan tindakannya memperlekehkan seorang pelajar autisme di sekolahnya.
Menerusi sebuah rakaman video, guru yang mengajar di Hope Academy memperlekehkan dan mengeluarkan komen keterlaluan terhadap Camden Davis, 12.
Ibu mangsa, Milissa Davis mengetahui insiden berikut selepas menyembunyikan alat perakam suara di dalam beg sekolah anaknya selepas mendapati dia berubah menjadi agresif ketika di rumah, lapor WBRZ.
                         - Milissa berang dengan tindakan tidak bertanggungjawab dua guru terbabit.
Milissa kemudiannya terdengar suara seorang guru dan juga pembantunya memperlekehkan anak lelakinya itu.
"Kamu hanya perlu menulis perkataan. Apa yang susah mengenainya?
"Camden mengapa kamu tidak menulis apa-apa? Itulah sebabnya anda tidak boleh duduk bersama dengan semua orang. Beritahu ibu kamu mengenainya,"kata guru terbabit.
Selain itu, pembantu guru terbabit turut mempertikaikan tindakan Milissa yang menghantar anaknya ke sekolah awam yang sepatutnya dikhususkan untuk kanak-kanak normal sahaja.
Millissa  ternyata terguris dengan kata-kata tersebut.
"Saya seperti mahu menangis, menjerit dan sanggup melakukan apa sahaja untuk anak saya kerana ia amat menyakitkan.

"Memikirkan saya telah menghantar anak lelaki saya ke sekolah itu setiap hari dan tidak mengetahui apa yang berlaku sebelum ini," katanya.
Millissa turut mendapatkan khidmat peguam susulan insiden itu dan merancang untuk membuat aduan kepada Jabatan Pendidikan.
Pengetua Hope Academy, Linda Stone turut kecewa dengan insiden tersebut.
"Insiden itu tidak sepatutnya berlaku dan kami mohon maaf kepada keluarga mangsa. Kami amat mengalu-alukan pertemuan dengan keluarga mangsa,"Jelasnya.
Sumber- Dailymail
sumber : siakapkeli

No comments