Header Ads

Perkahwinan Gadis 12 Tahun Dengan Suaminya 43 Tahun Pada 2008 Pernah Menggemparkan Indonesia Dahulu, Ini Wajah Terkini Mereka!

Masih ingat kisah seorang gadis sunti bernama Lutifianah Ulfa yang baru berusia 12 tahun dinikahi oleh Pujiono Cahyo Widianto @ Syekh Puji berumur 43 tahun pada tahun 2008 dahulu? Kisah mereka sempat menghebohkan Indonesia sehingga tular ke negara kita.

Kini selepas 9 tahun menikah bagaimana perkembangan mereka? Sebelum itu mari kita imbas secara ringkas kisah pernikahan dan ranjau yang terpaksa dilalui oleh mereka hampir sedekad lalu.

Syekh Puji merupakan seorang usahawan yang sangat berjaya dengan memiliki harta bernilai Rp70.6 billion (RM22 juta). Beliau mempunyai dua orang anak hasil dari perkahwinan pertama yang gagal. Kemudian beliau menikah lagi dengan Umi Hani Alhafid, tapi tidak dikurniakan anak walau sudah 9 tahun hidup bersama.

Atas alasan zuriat, dia bercadang untuk menikah seorang lagi. Selain itu, dia juga mahu isteri yang berkemampuan membantunya mengendalikan perniagaan.

Oleh itu beliau meminta bantuan beberapa orang untuk mencari calon yang sesuai. Hasil risikan mereka akhirnya bertemu Lutifianah dan melihat ‘kelayakannya’ melalui kad laporan sekolah.

Lutifianah yang baru berusia 12 tahun ketika itu dipanggil lalu disuruh menduduki ujian bertulis dan ternyata dia terpilih! Maka pada 8 Ogos 2008 Syekh Puji dan Lutifianah pun diijabkabulkan.

Walaupun pernikahan mereka sah di sisi agama, ia bercanggah dengan undang-undang sivil Indonesia. Syekh Puji sempat ditahan dalam jangka waktu yang tidak lama kerana terdapat beberapa ketidakjelasan terhadap undang-undang untuk mensabitkannya dengan hukuman yang lebih berat.

Perkembangan Terkini Selepas 9 Tahun Hidup Bersama

Khabarnya penampilan Syekh Puji jauh berubah berbanding 9 tahun lalu. Kalau dulu suka bermegah mempamerkan kekayaannya, kini kehidupannya dilihat lebih ringkas dan sederhana walaupun perusahaan kaligrafi bertinta emasnya masih menguntungkan dengan purata pendapatan Rp310 juta (RM100 ribu) sebulan.

Dia pernah dilihat membeli keperluan dapur, dan sayur-sayuran untuk diberi makan kijang yang dipelihara di halaman rumahnya. Penampilannya seperti orang kebanyakan hanya menaiki sebuah motosikal biasa.

Bagaimana pula khabar Lutifianah? Seperti suaminya Penampilan Lutifianah juga cukup sederhana. Walaupun kaya mereka kelihatan cukup merendah diri. Lutifianah yang kelihatan sedang mendukung anaknya kelihatan sangat ayu walaupun tanpa goresan make up pada wajahnya.

Selepas 9 tahun wajahnya masih tidak berubah. Cuma dia kelihatan lebih matang sesuai dengan usianya yang kini menjangkau 21 tahun.

Sekarang Lutifianah sudah menjadi wanita yang sempurna. Dia kelihatan bahagia dan sibuk menguruskan dua orang anak mereka.

Sumber – Kisah Logik

Sumber Katak Pisang

No comments