Header Ads

Pernah Tak Pulang Rumah 3 Tahun, Menitik Air Mata Dengar Luahan Adeep Nahar Tentang Bapanya

Tanpa ibu dan bapa maka tiadalah kita di dunia ini, selagi masih bernafas ambillah peluang sebaiknya untuk sentiasa menghargai dan menyayangi mereka.

Kata-kata itu adalah nasihat daripada penyanyi, Adeep Nahar yang merupakan salah seorang peserta dalam pertandingan Gema Gegar Vaganza musim ke-2 buat semua.

Berlinang air mata MH ketika mendengar nasihat yang cukup menusuk ke hati, katanya lagi jika kita menghargai kedua ibu dan bapa kita Insya ALLAH, syurga menanti kita.

Pada Sabtu yang lalu, Adeep telah menyanyikan lagu daripada Raja Pop negara, Jamal Abdillah yang berjudul Perjalananku.

Kelunakan suara dan cara penyampaian lagu daripada penyanyi ini sangat bagus sehinggakan kita yang menonton turut merasakan setiap rasa yang disampaikan oleh Adeep.

Adeep berkata, sebelum dia menaiki pentas untuk memulakan persembahan, dia telah menerima satu mesej daripada anak saudaranya yang mengucapkan ‘good luck’ kepadanya serta memberitahu lagu yang bakal dinyanyikan oleh Adeep adalah lagu kegemaran arwah atuknya iaitu bapa kepada Adeep.

Ketika bercerita tentang bapanya, terlihat air matanya mula bergenang dan jatuh ke pipi. Adeep berkata dia sangat terkilan kerana tidak sempat bertemu dengan bapanya ketika menghembuskan nafas yang terakhir.

Sempat juga penyanyi ini berkongsi pengalamannya ketika mendapat tahu tentang bapanya sudah tiada dan pergi buat selama-lamanya.

“Masa tu saya masih dengan kumpulan The Fabulous Cat dan saya sudah tiga tahun tidak pulang bertemu keluarga di Singapura.

“Waktu saya dapat panggilan telefon yang pertama dari abang saya, dia bagi tahu saya yang ayah saya masuk ICU dan saya cakap yang saya akan balik pagi nanti naik bas. So saya tidur lepas tu sebab dah terlalu penat seharian sebab ada recording.

“Lepas tu saya dapat lagi panggilan telefon tak sampai dalam masa lima minit dan dia bagi tahu yang ayah saya dah tak ada,” katanya kepada MH.

Adeep berkata, ketika itu dia dalam keadaan yang mamai kerana sedang tidur berkata kepada abangnya untuk jangan berbohong lalu meletakkan telefon dan kemudian dia berkata hatinya sudah merasakan sesuatu yang tidak sedap.

“Lepas tu saya dapat lagi panggilan telefon tapi kali ini daripada ayah saudara saya dan dia beritahu yang ayah sudah tak ada tapi saya cakap lagi jangan tipu dan saya letak telefon. Ayah saudara saya telefon saya lagi dan cakap ‘Adeep ini bukan main-main dan this is the fact yang ayah Adeep dah meninggal dunia’,” ceritanya lagi kepada MH.

Sejurus itu, penyanyi ini terus pulang ke Singapura setelah tiga tahun tidak pulang ke kampung halamannya itu dan setibanya dirumah, abang kepada Adeep telah menarik tangannya untuk bertemu dengan ibunya.

“Mak saya kat atas katil masa tu dan saya dah tak jumpa mak selama tiga tahun, dan bila jumpa mak, saya terus cakap yang saya minta maaf banyak-banyak dan tak ada niat nak buat macam ni.

“Mak saya cakap, ‘kau tahu tak ayah kau buat apa dengan kau?’ dan saya jawab tak tahu kemudian dia bagi saya passport ayah dan bila saya buka, saya nampak gambar saya dalam passport tu. Mak cakap ‘kau tahu tak ayah kau sayang kau sampai macam ni’,” katanya lagi.

Adeep juga memberitahu, selepas melihat passport bapanya yang diberikan oleh ibunya itu membuatkan dia rasa sangat bersalah kepada arwah bapanya sehingga kini.

Tersentuh hati MH selepas mendengar perjalanan kisah sedih yang pernah dilalui oleh Adeep. MH harap korang di luar sana dapat mengambil cerita Adeep ini sebagai pengajaran dan hargailah ibu dan bapa selagi mereka masih bernyawa.

Semoga arwah bapa Adeep tenang di sana di samping penciptaNYA, Al Fatihah.

The post Pernah Tak Pulang Rumah 3 Tahun, Menitik Air Mata Dengar Luahan Adeep Nahar Tentang Bapanya appeared first on Media Hiburan.

sumber Media Hiburan https://ift.tt/2qzNkE3

No comments