Rumah Tangga Noryn Aziz, Raja Bahrin Sedang Goyah?
“Saya dengan rendah diri memohon semua pihak menghormati ‘privacy’ kami dalam masa kami menghadapi situasi serta suasana semasa kes kami berada di mahkamah syariah. Semoga satu penyelesaian secara terbaik boleh dicapai.” Demikian komen Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad berhubung situasi rumah tangganya bersama penyanyi, Noryn Aziz.
Memetik Sinar Harian, ahli parlimen berkenaan pada asalnya tidak berhajat membuat sebarang kenyataan mengenai isu berkenaan, tetapi bagi menjelaskan keadaan sebenar dan mengelakkan pelbagai spekulasi dan andaian, adalah lebih wajar kenyataan dikeluarkan.
“Bagi menjawab pertanyaan tentang kehadiran kami di mahkamah syariah, setelah saya mempertimbangkan sedalam dalamnya dan berikhtiar cuba menyelesaikan situasi rumah tangga kami, saya telah mengambil keputusan mengemukakan kes perkahwinan kami kepada mahkamah syariah.
“Saya telah memilih untuk merakamkan pendirian tertentu saya dalam situasi yang kami hadapi dan membawa isu berkenaan ke mahkamah syariah untuk sesi majlis sulh. Kes ini telah berada di peringkat sulh yang baru selesai diadakan sesi pertamanya.
“Saya berpendapat, inilah jalan terbaik yang perlu diambil bagi cuba mengatasi isu rumah tangga kami dengan cara yang setertib mungkin. Saya berdoa semoga satu penyelesaian yang baik dapat dicapai dalam isu rumah tangga kami ini,” katanya dalam satu kenyataan kepada Sinar Harian.
Pada masa sama, Raja Kamarul Bahrin turut mengucapkan penghargaan dan terima kasihnya kepada semua pihak yang mengambil berat tentang mereka dan anak-anak yang masih kecil.
MH cuba untuk menghubungi Noryn,40, berhubung isu yang diperkatakan sebentar tadi. Bagaimanapun, penyanyi yang sinonim dengan rangkaian lagu Jazz dan RnB itu meminta untuk menghubunginya kembali selepas ini masa kerana sedang mengajar.
Foto: Instagram Noryn Aziz dan sumber Google
The post Rumah Tangga Noryn Aziz, Raja Bahrin Sedang Goyah? appeared first on Media Hiburan.
sumber Media Hiburan https://ift.tt/2HfMgwx

Post a Comment