"Saya Salah Bagi Dos Ubat Bontot Dekat Anak Yang 5 Bulan, Apa Saya Nak Buat Doktor?", Salah Dos Ancam Nyawa, Doktor Beri Pencerahan
Menurut Portal MyHealth, kesan sampingan ubat-ubatan ialah kesan ubat yang tidak diingini berlaku ketika pengambilan ubat pada dos yang betul. Ia boleh dijangka, boleh membawa faedah atau kemudaratan.
Kesan sampingan ubat yang berlaku adalah bergantung kepada cara ubat bertindak di dalam badan. Antara kesan sampingan yang biasa adalah seperti loya, muntah, pening dan pedih perut.
Sebagai contoh, ada Paracetamol dengan dos 500mg atau 650mg bagi setiap tablet dengan kepekatan 120mg atau 250mg setiap botol di pasaran. Oleh itu, pengguna harus meneliti kandungan Paracetamol terlebih dahulu sebelum menggunakannya bagi mengelak menggunakan dos Paracetamol secara berlebihan.
Perkongsian daripada Dr Aishah Alsagoff ini antara salah satu contoh dimana situasi 'salah bagi ubat' berlaku kepada bayi baru berusia 5 bulan. Dalam hal ini, ibu bapa harus peka dengan kandungan ubat yang diberi supaya tidak menyebabkan keracunan serta boleh mengancam nyawa.
Ikut perkongsian beliau dan semoga dijadikan iktibar buat kita semua.
"Anak saya baru 5 bulan, berat dalam 6.5kg. Suami saya tersalah bagi ubat supp paracetamol ikut buntut tu. Dia bagi yang dose 250mg. Sekarang anak saya asyik menangis, pujuk apa pun tak jalan. Nak buat apa sekarang?"
Ini overdos, dan bahaya.
sumber : siakapkeli
Panggilan telefon saya terima di klinik jam 6pm tadi. Nasib baik belum tutup klinik.
'Bawa ke hospital, sekarang!'
Ibu-ibu, ubat buntut paracetamol ada 2 dos. Satu dos 125mg, satu dos 250mg. Perhatikan dalam gambar. Nama ubat dan dos pasti ada tertera di packaging.
Untuk berat 6.5kg, bayi itu hanya perlu 100mg paracetamol sahaja, maximum pun 125mg, iaitu bersamaan 20mg/kg.
Sekarang dia terbagi 250mg, maksudnya bayi itu dah dapat 40mg/kg!
Ini overdos, dan bahaya.
Bawa segera ke hospital, doktor akan cek tahap paracetamol dalam darah, pantau fungsi hati dan side effects yang mungkin boleh terjadi.
Paracetamol adalah ubat yang selamat kalau diberi pada dos yang sesuai dengan berat. Yang bahaya jika overdose sahaja.
Lepas ni hati-hati ya! Biasakan baca nama dan dos pada ubat.

Post a Comment