Selepas 25 tahun menghiburkan peminat, kumpulan KRU akhirnya dibubarkan
Selepas 25 tahun menghiburkan peminat, kumpulan muzik adik-beradik popular, KRU mengumumkan bakal membubarkan kumpulan mereka selepas tamatnya Konsert Gergasi KRU25 yang bakal berlangsung pada bulan depan di Istana Budaya.
Kumpulan yang dianggotai tiga beradik, Datuk Norman, Yusry dan Edry dan mula ditubuhkan sejak 1992 itu membuat kenyataan tersebut sewaktu sidang media khas yang diadakan di Impiana Hotel, hari ini.
Menurut Norman, keputusan berkenaan dibuat kerana masing-masing sudah mempunyai perancangan tersendiri dalam meneruskan kerjaya dalam industri seni tempatan.
Tambah Norman, Konsert Gergasi 25 KRU itu merupakan rangkumkan selama 25 tahun penglibatan mereka dalam industri serta akan membubarkan KRU pada malam terakhir konsert itu.
Wahh siapa yang lahir pada pada tahun 70an atau 80 an pasti sedih mendengar berita ini. Lagu-lagu meletop mereka seperti Fanatik, Jangan Lafazkan, Sayang, Babe dan banyak lagi ‘confirm’ akan menjadi siualan sampai bila-bila!
Sumber : Kosmo! Online

Post a Comment