Header Ads

Video Isteri Sharnaaz Makan Durian Dikecam Teruk Kerana Khuatir Gugur, Doktor Pakar Perubatan Ini Selar Kenyataan Itu Serta Beri Penjelasan

Benarkah durian dikatakan berbisa dan tidak baik untuk wanita yang sedang hamil?
Yakni menurut seorang pakar kandungan dan perbidanan, Benny Johan Marpaung berpendapat bahawa semua buah punyai khasiat tersendiri, termasuk juga durian.  Durian mengandungi banyak vitamin, antaranya vitamin C serta kalsium. 
Durian juga mempunyai kandungan zinc yang sangat bagus untuk kesihatan mata dan jaringan kulit.  Kandungan asid folik dalam durian mendorong pembentukan sel darah merah yang kaya oksigen serta berupaya merangsang perkembangan saraf janin melalui sumber asid folik tersebut.
Pun begitu, kebimbangan masyarakat kita terhadap pengambilan durian itu munasabah.  Ini kerana, kandungan gula dalam durian mampu membuatkan ibu hamil mudah mual dan muntah.  Selain itu, gula dalam darah ibu hamil dikhuatiri meningkat kerana pengambilan durian yang berlebihan tetapi tidaklah sehingga menyebabkan keguguran.
Perkongsian daripada Doktor Rusyainie Ramli melalui laman Facebook miliknya juga turut menyelar kenyataan media terhadap seorang selebriti yang sedang hamil kerana beranggapan durian akan menyebabkan keguguran selebriti berkenaan.  Tak usah kita berbasa-basi, kita dengar sendiri penjelasan daripada pakar sendiri.  Semoga bermanfaat.
Teringat masa adik saya hamil baru-baru ni, dia teringin nak makan durian. Saya yang masa tu menumpang di rumahnya, pun tumpang sekaki lah dengan dia. Suami dia yang baik hati pun belikan lah durian. Bibik Indonesia dia terkejut dia makan durian. Kononnya tak boleh. Kami berdua sengih jelah kan. Malas nak layan.
Durian ni, kalau 2 ulas kecil, macam durian kampung tu, jumlah kalorinya 60kcal. Kalau yang musang king tu memang jauh lebih tinggi la kan. Adik saya bukan melantak pun. Dia cuma makan beberapa ulas saja, buang mengidam. Dia takde penyakit apa-apa masa mengandung walaupun usia dah 39 tahun. Kalau ada penyakit kencing manis masa hamil, baik jangan makan la durian. Sebab kandungan gulanya tinggi.
Tak payahlah kecoh satu Malaya bab makan durian ni. Mitos orang kita ni dah diimpot dari seberang kot. Takde kemudaratan pun pada bayi kalau maknya makan durian. Jangan jadi pelahap la. Saya dah pesan berkali-kali, makan apa-apa pun, berpada-padalah. Minum air pun kalau dah bergelen-gelen pun tak boleh tau. Nanti jadi water intoxication.
Kadang kala saya jadi bingung. Susahnya jadi Melayu ni, tu tak boleh. Ni tak boleh. Banyak sangat pantang larang. Bila saya tanya kenapa tak boleh, dan bagi saya mekanisma bagaimana durian memudaratkan, dah bunyi cengkerik pula.
Kita rilek-rilek saja ok. Masa makan tu ingat sunnah Rasulullah SAW. Berhenti sebelum kenyang. Bukan masa mengandung je, atau masa pantang je. SEPANJANG HAYAT DIKANDUNG BADAN. Habis cerita.

Siakapkeli.my
sumber : siakapkeli

No comments