Header Ads

Wanita Tiba-tiba Sakit Kepala dan Maut Selepas Menyanyikan Lagu Bernada Tinggi di Karaoke

“Ketika sedang syok karok menyanyikan not lagu yang tinggi, dia mula rasa tidak selesa dan mengalami sakit kepala yang teruk.”

Bagi mereka yang gemar melepaskan stress melalui nyanyian, pusat karaoke adalah tempat yang sesuai untuk dikunjungi pada masa lapang. Malah ia juga sudah menjadi kebiasaan bagi sesetengah keluarga untuk meluangkan masa bersama di pusat hiburan ini dan mempamerkan bakat terpendam masing-masing.

Namun hati-hati bagi mereka yang gemar memilih lagu bernada tinggi. Dua minggu lalu, seorang model jelita dari Singapura telah koma dan meninggal dunia selepas menghadiri sesi karaoke bersama teman-temannya. Wanita yang berusia 28 tahun itu dikenali sebagai Karen Stella Wong, seorang model yang terkenal di pertunjukan kereta dan acara pameran.

Menurut WORLD OF BUZZ, Karen telah mengunjungi sebuah bar karaoke yang terletak di Neil Road pada 12 Disember lalu. Semuanya dalam keadaan baik sehinggalah wanita tersebut memilih lagu yang memerlukan vokal bernada tinggi.

Ketika sedang menyanyikan not lagu yang tinggi, dia mula merasa tidak selesa dan merungut mengalami sakit kepala yang teruk. Kemudian dia mengadu terasa kebas pada bahagian sebelah tubuhnya pula.

Merasakan ada sesuatu yang tidak kena, rakan-rakan Karen bergegas membawanya ke hospital. Namun malangnya, Karen mengalami koma sejurus itu. Keluarga dan sahabat handai datang melawatnya dan ada juga di antara mereka yang menulis entri mengenai Karen di Facebook untuk memohon doa supaya dia cepat sembuh.

Pun begitu, berita menyedihkan akhirnya tiba. Pada 15 Disember lalu, Karen meninggal dunia selepas koma selama tiga hari. Ibunya teramat sedih dengan pemergian anaknya itu kerana Karen merupakan satu-satunya anak perempuan yang dia ada. Alahai…

“Kalaulah saya boleh dengar suara anak saya dan melihat senyuman pada wajahnya, itulah permintaan terbesar saya sempena Hari Krismas ini,” tulis ibu Karen di laman Facebook peribadinya pada 21 Disember lalu.

Ratusan teman dan ahli keluarga mengunjungi majlis pengebumian Karen yang disifatkan sebagai seorang wanita yang manis dan mempunyai personaliti yang menawan.

Takziah kepada ahli keluarga mangsa yang masih bersedih atas pemergiannya. Semoga mereka tabah menghadapinya. 

Sumber: WOB/lobakmerah.com

sumber : blog-mazeer

No comments