Header Ads

Akhirnya Setelah Sekian Lama... Tun Dr Mahathir Kembali ke Pejabat Perdana Menteri Putrajaya

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menghadiri perhimpunan pertama bersama warga Jabatan Perdana Menteri di Dataran Putra, Bangunan Perdana Putra, Putrajaya. Turut kelihatan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berikrar mengembalikan kegemilangan pentadbiran negara, yang menurutnya suatu ketika dulu pernah dianggap yang terbaik di kalangan negara Komanwel.
Dalam perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri, beliau menyuarakan kekecewaannya apabila pentadbiran negara "tidak lagi dipandang tinggi" negara lain.
"Saya kecewa kerana sebuah pentadbiran yang dahulu dikenali sebagai terbaik dalam (negara) Komanwel (kerana mampu) menjalankan tugas dengan baik dan melaksanakan segala program dengan berjaya, hari ini tidak lagi dihormati dan dipandang tinggi.
"(Maka) menjadi tugas kita semua untuk memulihkan keadaan ini supaya kembali menjadi sebuah negara yang ditadbir dengan baik dan berjaya," katanya.
Ini merupakan perhimpunan bulanan pertama Mahathir sejak kembali sebagai perdana menteri.
Seperti yang diumumkan Mahathir sebelum ini, hadirin tidak lagi disambut dengan slogan "salam 1Malaysia" yang menjadi kelaziman pentadbiran BN.
Beliau turut membangkitkan kepentingan membersihkan salah laku pentadbiran terdahulu menurut undang-undang.
"Saya bersyukur kerana tiada banyak masalah berhubung kerjasama daripada pegawai sedia ada, tetapi kita harus ingat yang salah tetap salah.
"Sebarang perbuatan yang salah mesti diuruskan mengikut undang-undang," katanya lagi.
Sebagai sebuah negara demokrasi, katanya lagi, aspek pemisahan kuasa antara eksekutif, legislatif dan kehakiman amat penting bagi memastikan salah urus tadbir tidak berlaku.

"Ini kita mesti ingat, pentadbir menjadi tangan yang kuat dalam melaksanakan urusan dan bangunkan negara. Pentadbiran mesti terdiri daripada mereka yang baik dan tidak terpesong.
"Tanpa pemisahan (kuasa), satu pihak akan menguasai ketiga-tiga (aspek)," katanya lagi.
Beliau juga mendakwa jumlah hutang negara kini telah mencecah paras RM1 trilion, berbanding RM300 bilion pada masa dulu.

"Bagaimana untuk menyelesaikan hutang ini bergantung kepada usaha dan daya kerja kita mengatasi cabaran. Untuk itu kita perlu berkerjasama," katanya lagi.

Saya bersyukur sehingga kini saya tidak hadapi masalah dengan kerjasama daripada pegawai-pegawai sedia ada. Tetapi harus ingat, salah masih salah. Sebarang perbuatan salah mesti diuruskan mengikut undang-undang negara. Hanya cara itu dapat kita bersihkan pentadbiran negara kita

Sebahagian daripada ucapan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir di JPM, Putrajaya.

Sebahagian ucapan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad ketika majlis perjumpaan bersama warga @jpmgov_ di Putrajaya pagi ini.

No comments