“Amboi, dulu artis ke?” – Pernah berlakon Gol & Gincu, kini Fahmi Fadzil bergelar ahli parlimen
Tanpa Nurul Izzah, Parti Keadilan Rakyat (PKR) telah mengekalkan kerusi Lembah Pantai yang dimenangi sejak 2008 menerusi calonnya, Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil menerusi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) baru-baru ini.
Namun siapa sangka di sebalik sikap pemimpin dan kelantangan bersuara, jejaka berusia 37 tahun itu pernah berkarya sebagai seorang penulis dan pelakon teater sebelum menceburi diri dalam bidang politik.

Bagi peminat drama dan filem tempatan iaitu Gol & Gincu, sudah tentu pernah melihat wajahnya yang mendukung watak sampingan, bersama-sama pelakon hebat lain seperti Fazura, Ashraf Sinclair, Sazzy Falak dan Sharifah Amani.
Rata-rata pengguna Twitter turut memuat naik gambar lakonan Fahmi yang telah berkahwin sejak tujuh tahun lalu serta memiliki seorang anak lelaki itu untuk tatapan umum.

Terdahulu, menurut laporan Malaysian Digest, Fahmi berkata sekiranya dia tidak bergelar ahli politik, dia mungkin seorang jurutera kimia dan akan meneruskan minatnya dalam dunia lakonan.

Sumber : Twitter , Malaysian Digest
sumber : ohmymedia.cc

Post a Comment