Header Ads

DAH KENAPA? Hanya komen #JusticeForDarrenKang di Instagram, lelaki dakwa di ‘block’ Nedim dan Nora Danish

Baru-baru ini, jadi kecoh di Twitter setelah seorang individu mendedahkan sebuah tragedi yang menimpa pasangan muda apabila teman lelakinya mati setelah dipukul teruk oleh sekumpulan lelaki pada suatu ketika dahulu.
Seorang pengguna Twitter telah mendakwa dirinya telah di-block oleh Nedim Nazri Aziz selepas beliau meninggalkan komen #JusticeForDarrenKang di akaun Instagram milik suami Nora Danish itu.
Menurut Shafiq Azmi, beliau berharap agar pihak polis dapat membuka kembali kertas siasatan terhadap anak kepada Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz itu berhubung kes jenayah yang berlaku suatu ketika dahulu.
Posting tersebut telah mendapat perhatian warga Twitter yang kemudiannya mengundang pelbagai reaksi berhubung kejadian yang berlaku pada 14 tahun lepas itu.
Seorang pengguna Twitter yang lain turut mendedahkan bahawa Nedim telah melarikan diri dan menetap di Kensington, London untuk beberapa tahun selepas berlaku kejadian tersebut.
Menurut @bapakbawang, Nedim kembali menetap di Kuala Lumpur ketika pemerintahan Datuk Seri Najib Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia.
Menurut @Fshafeeqaaa, beliau turut mengalami nasib yang serupa setelah meninggalkan komen #JusticeForDarrenKang di Instagram milik Nora Danish apabila beliau telah di-block oleh pelakon jelita itu.
Walau bagaimanapun, Nedim menerusi Instastory miliknya telah memuat naik sekeping nota berkongsi luahan hatinya mengenai tuduhan yang tidak berasas itu.
Nedim berkata, oleh kerana dia merupakan anak seorang menteri, terdapat ramai individu yang menimbulkan pelbagai tuduhan buruk terhadap dirinya.
Terdahulu, menurut laporan MalaysiaKini bertarikh 18 Oktober 2012, kes pembunuhan Darren telah selesai apabila lima orang warganegara Thailand didapati bersalah serta Nedim pula didapati tidak terlibat sama sekali dengan kes tersebut.
Sumber : Azmi Shafiq , MalaysiaKini
sumber : ohmymedia.cc

No comments