Header Ads

“Kenapa Tun M pegang senjata? Macam pengganas!…” – Teruk dikritik, ‘design’ Caprice guna wajah pemimpin?

Siapa tidak mengenali penyanyi rap, Caprice yang agak pelat apabila bercakap dalam bahasa Melayu ni. Dia juga seorang yang lantang bersuara mengenai isu semasa yang berlaku di negara ni menerusi laman media sosial miliknya.
Terbaru, selebriti yang terkenal dengan ‘tagline’ watlek watpeace dan ‘bang bang’ itu telah memuat naik sekeping gambar bersama Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sempena kemenangan ketika Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) baru-baru ini.
Namun apa yang menarik perhatian, terdapat satu posting ilustrasi yang kelihatan seakan-akan Tun M memegang senjata api telah menerima beberapa kritikan dan kecaman daripada netizen.
Difahamkan, reka bentuk ilustrasi berkenaan ada bertujuan bagi menghasilkan ‘hoodies’ dibawah jenamanya iaitu The Bang Bang Company.
Rata-rata netizen mempersoalkan simbolik senjata api itu kerana sangat tidak sesuai dengan imej Tun M apabila dikatakan kelihatan seperti seorang pengganas serta seperti tidak menghormati Tun M sebagai seorang pemimpin.
Namun tidak kurang ada juga yang mencadangkan agar ilustrasi senjata itu diganti dengan imej yang bersesuaian dengan Tun M seperti sebatang pen, buku atau bendera Malaysia.
Ada juga yang mempersoalkan adakah Caprice telah meminta kebenaran Tun M untuk tujuan ‘menjual’ ilustrasi wajah beliau dengan menghasilkan keuntungan peribadi.
Sumber : Caprice
sumber : ohmymedia.cc

No comments