Peti besi misteri di rumah Najib Razak berjaya dibuka, tinggal 8 buah peti besi lagi
Menurut peguam Datuk Harpal Singh Grewal, pihak polis telah cuba untuk membuka sebuah peti besi di kediaman bekas Perdana Menteri sejak jam 8.30am pada hari Khamis, 17 Mei lagi. Peti besi yang ditemui di tingkat satu kediaman itu dikatakan tidak pernah dibuka selama 20 tahun setelah kuncinya hilang.

Tambah peguam Najib Razak lagi, kerja-kerja untuk membuka peti itu yang mengambil masa selama 10 jam itu telah mendatangkan gangguan kepada klien dan keluarganya.

Kehadiran anggota polis di kediaman kliennya itu turut mendatangkan kekacauan yang menyebabkan Najib Razak, keluarganya dan pekerjanya mengalami gangguan secara mental selain daripada membuatkan imej bekas Perdana Menteri itu tercalar.

Setelah percubaan beberapa jam anggota polis untuk membuka peti besi itu dengan menebuknya gagal, pihak polis terpaksa meminta bantuan daripada dua orang tukang kunci untuk membukanya.
Salah seorang daripada tukang kunci itu dilihat memakai baju yang tertulis nama pengilang peti besi itu, Lion Steelworks Sdn Bhd telah ditugaskan untuk membuka peti besi di tingkat satu kediaman Najib Razak.

Menurut Tan See Cheong yang merupakan pengurus Lion Steelworks Sdn Bhd, ianya bukanlah suatu kerja yang sukar untuk membuka peti besi itu kerana ianya dikilangkan oleh syarikatnya. Tambah Tan lagi, usia peti besi itu sangat tua dan peti besi jenis itu akan mengambil masa yang lebih lama untuk dibuka kerana dilengkapi dengan ciri anti-drill.

Tugasan membuka peti besi berkenaan selesai kira-kira jam 4 petang Jumaat, 18 Mei dan ia berisi sejumlah wang tunai, bagaimanapun jumlahnya tidak didedahkan.
Menurut laporan The Star, empat buah kenderaan polis tiba di kediaman itu pada waktu pagi semalam dan dilihat meninggalkan pada 6 jam kemudian dengan sebuah kotak misteri berwarna biru yang dimasukkan ke dalam kenderaan. Isi kandungan kotak itu walau bagaimanapun tidak dapat diketahui.

Selain daripada di kediaman Najib Razak, lapan peti besi yang dipercayai berada di kediaman rasmi bekas Perdana Menteri di Seri Perdana, Putrajaya kini sedang dalam proses dibuka oleh anggota polis.
sumber : ohmymedia.cc

Post a Comment